Luar NegaraSukan

Rakaman video terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia

PERTUTURAN Diego Maradona yang tidak jelas tetapi masih boleh difahami mengakui dirinya masih belum sihat dalam satu rakaman video terakhir yang sempat dirakamkan beberapa hari sebelum ikon Argentina itu meninggal dunia.

Kepala bekas bintang Napoli dan Barcelona itu yang masih berbalut selepas pembedahan otak kelihatan bergelut mencari perkataan yang sesuai sewaktu dia mengirimkan mesej kepada doktornya yang dirakam di kediaman disewanya di mana Diego menghembus nafas terakhirnya.

Dalam klip video tersebut, dia berkata: “Tubuh saya lebam tetapi saya berada dalam keadaan baik. Anda sendiri tahu saya tidak gemar bermesra dengan orang tetapi apabila saya rapat dengan seseorang saya akan keluar daripada cengkerang saya.”

Berusaha menunjukkan bahawa dirinya masih memiliki sikap lucu meskipun cukup ketara dia tidak berada dalam keadaan selesa, sebelum mengakhiri perbualan, Diego sempat bergurau yang ditujukan kepada pemain bola sepak Argentina yang telahpun bersara yang mana namanya sama dengan doktor yang mencetuskan kontroversi, Leopoldo Luque.

Sambil menikmati semangkuk sup, Diego yang berbual bersama doktornya itu dengan disertai bekas teman wanitanya, Veronica Ojeda yang bertindak merakam video tersebut berkata, ‘Ciuman buat Luque, Leopoldo Jacinto Luque’.

Gurauan tersebut turut membuat bekas pasangan Diego yang duduk bersebelahan dengannya ketawa.

Tukang masak, Romina Milagros Rodriguez yang membuat pendedahan bahawa dia telah diminta melakukan bantuan pernafasan daripada mulut ke mulut selepas Diego mendapat serangan jantung, turut kelihatan dalam video tersebut.

Klip video itu yang telah disiarkan oleh Cronica TV, dilaporkan di Argentina sebagai rakaman terakhir Diego sebelum dia meninggal dunia pada 25 November lalu akibat kegagalan jantung.

Jiran legenda bola sepak Argentina itu yang sempat merakam Diego melambai tangan ke arah anak perempuannya sewaktu dia sedang berjalan di persiaran kaki antara video yang muncul tidak lama selepas kematian legenda tersebut.

Klip itu disiarkan selepas Diego memaklumkan kepada anak buahnya, Johnny Esposito sebelum dia meninggal dunia: “Saya hidup sehingga berusia 60-an. Itu sudah cukup. Saya tidak mahu hidup lagi.”

Johnny yang sempat menikmati makan malam bersama bintang bola sepak tersebut beberapa jam sebelum dia meninggal dunia, telah membuat pendedahan mengejutkan.

“Jika saya tahu malam itu merupakan malam terakhirnya, saya sedia bermalam dengannya.

“Saya masih ingat mengucapkan selamat malam kepadanya dan dia masuk ke dalam bilik tidurnya.

“Dia berada dalam keadaan baik pada hari itu, tetapi apa yang terjadi ialah dia tidak mahu hidup lagi.

“Dia tidak benarkan orang lain membantunya. Saya tidak tahu mengapa dia enggan berjuang seperti yang selalu dilakukannya.

“Saya rasa keadaan itu berlaku kerana dia tidak mampu menyepak bola lagi,” kata Johnny yang merupakan insan yang rapat dan individu yang dipercayai mendiang.

Anak buah Maradona itu telah berkongsi pengalamannya bersama legenda tersebut pada saat-saat terakhir sebelum dia meninggal dunia dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Argentina, KZO.

Bekas ejennya, Guillermo Coppola turut mendakwa, Diego telah berputus asa untuk meneruskan kehidupannya.

Coppola menjelaskan, dia terkejut melihat keadaan mendiang yang teruk sewaktu sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun sebelum dimasukkan ke hospital pada awal November lalu.

Mengimbas kembali hari terakhir bersama bapa saudaranya itu, Johnny berkata: “Kami kerap menonton TV, kebanyakannya bola sepak, itu aktiviti yang kami lakukan setiap hari dan kami saling berkongsi pandangan.

“Saya berasakan dia tidak mahu apa-apa, malah, dia juga enggan keluar berjalan di taman.

“Saya tidak tahu jika dia berasakan bahawa dia akan meninggal dunia, tetapi dia ada bercakap kepada saya, ‘Saya telah capai usia 60 tahun dan ia sudah mencukupi’.

“Malam terakhirnya, kami menikmati stik daging lembu goreng berserta salad dan jururawat memeriksanya kira-kira pukul 11 malam. Itulah kali terakhir saya melihatnya.

“Dalam pukul 11 pagi keesokkan hari, doktor tiba dan dia tidak lagi memberi maklum balas.

“Ia amat menyedihkan. Macam-macam yang melintas dalam fikiran saya.

“Salah satu daripadanya ialah saya tidak pernah mahukan detik ini tiba. Tetapi saya tidak rasa dia menderita.” – The Sun – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button