Karnival kokurikulum bentuk jati diri mahasiswa, bangga UPSI
Karnival Kokurikulum mampu membentuk jati diri mahasiswa dalam mendepani situasi dunia yang serba kucar-kacir dan serba tidak menentu .
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff yang berucap pada majlis pelancaran Karnival Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata mahasiswa juga perlu memiliki rasa bangga akan kehebatan universiti, negeri serta negara.
Karnival yang bertemakan “Mahasiswa Kelas Pertama” itu diadakan hari ini di Padang Kawad, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Proton City.
“Pusat Kokurikulum kini semakin berkembang dan telah berjaya mengukukuhkan peranannya menjadi pemangkin kepada kelahiran mahasiswa holistik dan seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan seterusnya menjadi mahasiswa kelas pertama yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan pembangunan negara,” katanya.
“Karnival juga dapat memupuk disiplin dalam kalangan mahasiswab sebagai pemimpin muda masa depan selain membentuk membentuk nilai-nilai keinsanan, nilai-nilai kehidupan iaitu kemahiran komunikasi, kedua, penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi dan keempat, akademik, adab dan akhlak.”
“UPSI yang akan mengadakan sambutan Malam Kemuncak 100 Tahun pada 1 Disember depan, terkenal dengan kehebatan melahirkan insan yang hebat yang membanggakan negara sepanjang perjalanan 100 tahun ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prfof Dr Norkhalid Salimin berkata karnival berkenaan menjadi medan mahasiswa meningkatkan kemahiran, berkenal-kenalan, bertukar-tukar fikiran dan paling penting membangkitkan rasa bangga UPSI dan Malaysia.
Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki Mohd Yasim berkata karnival dihadiri lebih 5000 mahasiswa, masyarakat setempat, agensi-agensi serta pelajar sekolah di sekitar Muallim.
Beliau berkata karnival anjuran bersama Fakulti Pembangunan Manusia dan Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar UPSI mengenai kokurikulum.
Menurut mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Matematik, Murshid Kambari, 23, karnival dapat memberi pengalaman menarik kerana dapat mempraktikkan ilmu kewartawanan yang dipelajari.
Karnival dimulakan acara Senamrobikdiikuti perbarisan unit beruniform, pancaragam. Pusat Latihan Muzik Tentera Udara, pancaragam pusat latihan muzik tentera darat, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kor Sukarelwanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), silat gayong, taekwando, drummer, tarian tradisional ival
Selain itu diadakan paraglaider, Zumba, larian santai, Fun Run, klinik bola sepak, Eksplorace, demontrasi, pameran dan pelbagai aktiviti kursus kokurikulum berkredit.
Hadir sama Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perak, Kol (PA) Rohaizat Hadli.