Nasionalpilihan

Kanak-kanak syndrome down jadi mangsa dera, kesan melecur di badan

SEORANG kanak-kanak perempuan down syndrome 13 tahun didakwa menjadi mangsa dera dengan kesan melecur di bahagian dada, tangan leher, peha serta mempunyai kesan luka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Annuar Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada 24 Jun lalu.

“Kejadian disyaki berlaku di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju dan mangsa telah tinggal di situ sejak 14 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan infected burn wound over bilateral fore arm and multiple old scars all over body. Mangsa juga didapati positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Annuar, siasatan pois juga mendapati rumah tersebut didiami oleh enam orang kanak-kanak di mana dua daripada mereka merupakan kanak-kanak syndrome down.

Bagaimanapun jelasnya, kesemua kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang kecederaan.

“Seorang wanita berusia 28 tahun yang menjaga rumah berkenaan kini sedang disiasat berhubung kes ini.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, semua saksi-saksi yang terlibat telah didapati positif Covid-19 dan pihaknya akan meneruskan siasatan setelah kesemua saksi-saksi selesai menjalani kuarantin yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button