Auto Travel

Kampung Seberang Ramai bakal jadi destinasi utama Perlis

Tourism Malaysia mengenal pasti produk pelancongan terbaharu untuk diketengahkan iaitu Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, kampung nelayan berkenaan mempunyai potensi yang besar sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti.

Penduduk di kawasan berkenaan, kata beliau, akan dilibatkan dalam aktiviti pelancongan dengan menyedia produk berasaskan aktiviti harian mereka.

”Aktiviti bermain congkak dan memasak makanan tempatan contohnya sesuatu yang digemari oleh pelancong,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Perlis.

Terdahulu beliau mengadakan diskusi dengan agensi pelancongan dan media mengenai potensi pelancongan di Perlis.

Dalam pada itu Ammar berkata, bagi memastikan industri pelancongan bangkit dengan cepat tourism negeri-negeri akan saling membantu antara satu sama lain.

 

Contohnya, kata beliau, Tourism Johor akan membawa pengusaha pelancongan dan media dari negeri berkenaan ke Perlis bagi mempromosi produk pelancongan di Perlis.

Pada masa sama beliau menggesa supaya orang ramai turut menyokong industri pelancongan tempatan.

Kata beliau, anggaplah melancong di dalam negara sebagai usaha patriotik bagi membantu memulihkan sektor pelancongan domestik.

Mengenai permohonan orang ramai untuk menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk melancong, katanya, setakat ini sambutan adalah baik.

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya akan memastikan ia tidak disalahguna untuk individu yang mahu merentas negeri dan pulang berhari raya. – SM

 

(Visited 1,975 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button