BeritaEkonomi

Kami doakan nasib yang lebih baik buat rakan-rakan di Media Prima

SUARA MERDEKA: Walaupun telah beredar melalui mesej singkat semua kakitangan Media Prima dipanggil untuk penerangan situasi semasa prestasi syarikat media itu, kami sebagai bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah melaluinya kami mengambil pendirian tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Semasa kami melalui detik getir sedemikian spekulasi yang dibuat oleh rakan-rakan wartawan dari organisasi lain sebenarnya menambah tekanan kepada kakitangan dan keluarga yang terlibat.

Perkembangan terkini:

PENGUMUMAN PENTING / IMPORTANT:

Related Articles

Berikutan penyebaran berita yang menular di sosial media sejak pagi tadi.

Berikut adalah maklumat daripada pihak pengurusan selepas mesyuarat bersama wakil kesemua union yang diadakan pada jam 5 petang tadi.

RETRENCHMENT / PEMBERHENTIAN KERJA akan diadakan pada suku pertama tahun depan (2020).

  • Pengurangan ini bagi menstruktur semula syarikat berikutan keadaan kewangan syarikat.
  • Retrenchment ini akan membabitkan LIFO (Last In First One) dan juga berdasarkan beberapa faktor, antaranya kesihatan dan disiplin.
  • Pembayaran retrenchment akan dibuat mengikut apa yang termaktub di dalam CA.
  • Semua pembayaran ganti rugi akan dibuat sekali gus dan mengambil kira pembayaran deffered.
  • Jumlah yang terbabit dalam pemberhentian akan dibincang dengan pihak pengurusan dan senarai akan dikeluarkan pada akhir Disember.

Ia akan membabitkan setiap department, termasuk kakitangan dan bosses / pihak pengurusan.
Ada unit yang akan dikecilkan dan ada unit yang akan ditutup.

  • Syarikat berjanji pembayaran akan dijelaskan dan mengikut lunas undang-undang dan tiada pembayaran secara berperingkat.
  • Townhall bersama management akan diadakan pada 15 November ini.
  • OPERASI AKAN MEMBABITKAN SEMUA MEDIA PRIMA DAN NSTP.

NUJ NSTP

SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button