fbpx
PolitikPRK

Ahli UMNO Tanjung Piai dapat terima calon MCA – Najib

SUARA MERDEKA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keyakinan untuk mencapai kejayaan buat Barisan Nasional (BN) di Tanjung Piai, ekoran penerima yang semakin baik dalam kalangan ahli UMNO di parlimen berkenaan.

Najib berkata, walaupun terdapat ura-ura ahli UMNO akan memboikot pilihan raya kecil di kawasan berkenaan, ia tidak akan berlaku dan ahli UMNO menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin pusat.

Keputusan itu, kata Najib, demi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) serta kesejahteraan negara dan bukan berasaskan pemikiran sempit.

Najib yang berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke parlimen tersebut, yakin apa yang dilakukan oleh BN adalah untuk membuktikan bahawa gabungan komponen parti tersebut tidak mengamalkan politik perkauman yang sempit. SM

Show More

Related Articles

Back to top button