Rencah Hidup

Kambing Golek Mak Dara, tempoyak patin, sup daging merah: sajian wajib Ramadan

Prebiu buffet Ramadan @Laman Kayangan, Shah Alam

AWALNYA! Baru bulan Mac, sudah promosi buffet Ramadan? Ya, memang awal jika difikirkan secara logik untuk mempromosikan buffet Ramadan.

Akan tetapi itulah strategi pemasaran dan promosi yang dilakukan oleh Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Mereka tampil dengan tema ‘Taste of Malaysia’ Ramadhan Buffet @Laman Kayangan, Shah Alam, 25 April – 20 Mei 2020.

Pada majlis pelancaran prebiu Ramadhan Buffet @Laman Kayangan, Shah Alam, minggu lepas, pihak pengurusan Segi Seri Sdn. Bhd., menawarkan harga serendah RM59 kepada orang ramai yang membuat tempahan awal.

“Harga RM59 ini kita tawarkan mulai 28 Februari lalu sehingga 24 April. Selepas tempoh tarikh tersebut, kita kembali kepada harga asal iaitu RM69,” kata Pengurus Besar Operasi Kumpulan Segi Seri Sdn. Bhd., Hazrul Anuar Abdul Hamid kepada wartawan SUARA MERDEKA ketika ditemui usai majlis pelancaran Prebiu Ramadhan Buffet @Laman Kayangan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Azhar Baharin.

Menurut Hazrul Anuar lagi, terdapat lebih 150 menu sajian yang disediakan pada bulan Ramadan tahun ini.

“Dalam menu yang disediakan di bulan Ramadan nanti, kita juga tampil dengan signature dish atau pun sajian wajib.

“Menu itu ialah tempoyak ikan patin Temerloh, Kambing Mak Dara, Nasi Dagang Pak hassan dan Sup Daging Merah,” katanya.

Nasi Dagang Pak Hassan, jelas Hazrul Anuar, ialah nasi dagang Terengganu manakala Sup Daging Merah ialah menu popular dari Johor yang disediakan bersama dengan Laksa Johor.

Ujar Hazrul Anuar lagi, setiap tahun, kambing golek wajib ada kerana itulah tarikan utama para pelanggan yang berkunjung ke Laman Kayangan, Seksyen 7 di Shah Alam untuk berbuka puasa.

“Sememangnya komuniti setempat tahu keenakan rasa kambing golek kami. Jadi, untuk tahun ini, Kambing Golek Mak Dara kembali lagi,” katanya.

Seperti biasa, berbuka puasa di Laman Kayangan ada disediakan tempat untuk solat yang selesa. Selain daripada persembahan ghazal.

Hazrul Anuar menambah, pihaknya turut menyediakan pakej keluarga atau Family Package berharga RM138 untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak atau warga emas.

“Ini adalah pakej yang menawarkan harga murah jika dibuat tempahan awal dan jika kita mempunyai keluarga yang besar, ada pakej keluarga pada harga RM621. Ini untuk sembilan dewasa dan percuma satu untuk dewasa,” ujarnya.

Di bulan Ramdan, kata Hazrul Anuar, adalah bulan untuk beramal selain daripada mengeratkan silaturahim sesama pekerja.

Justeru kata Hazrul Anuar, mereka turut menawarkan Pakej Promosi Korporat dengan harga yang variasi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button