Belang Bertempat

Kalau UMNO parti perompak, penyangak parti mana yang suci?

Oleh Tun Sri Lanang

SAYUGIA diingatkan sekali lagi halatuju parti orang Melayu tertua di bumi bertuah ini, UMNO, walaupun pada hakikatnya semua orang tahu apakah halatuju parti pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas UMNO menjadi parti yang terkuat mewakili bukan sahaja bangsa induk di Tanah Melayu tetapi juga menjadi juara menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Halatuju yang jelas, UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN), juga untuk kembali menjadi sebuah Kerajaan Malaysia yang dinamik berteraskan rakyat yang holistik.

UMNO juga mahu menjadi sebuah parti yang meraikan idea-idea baharu agar parti ini terus relevan dan dinamik dalam menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Persoalan yang sering dilontarkan ialah apakah UMNO dapat memerintah sepenuhnya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti?

Keyakinan dan kepercayaan ini sangat mendalam kerana UMNO-BN bukanlah sebuah parti yang dibina untuk memusnahkan sesebuah parti yang lain tetapi ia ditubuhkan untuk mentadbir negara dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

Saya tidak merasa sangsi bahawa UMNO boleh memerintah semula. Rata-rata apabila ditanya kepada anak-anak muda, mereka mahu sebuah kerajaan yang mempunyai track rekod yang nampak dan jelas.

UMNO-BN telah memerintah dan mentadbir negara selama 62 tahun dan tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa UMNO-BN terlalu banyak jasanya kepada negara. Dan mereka tahu perkara ini. Cuma mereka terpedaya dengan janji-janji manis pihak Pakatan Harapan (PH) pada ketika PRU-14 lalu.

Kenikmatan yang dirasai oleh rakyat Malaysia masih terasa sehingga kini di bawah pentadbiran UMNO-BN sebelum Mei 2018.

Setiap perkara yang dipegang adalah hasil usaha UMNO-BN dahulu. Tiada siapa yang boleh menafikan jasa ini. Cuma jasa ini telah dirosakkan dengan fitnah yang berterusan terhadap UMNO sehinggalah fitnah yang ditabur ini tidak dapat dikawal dengan baik.

Namun eksperimen yang dimahukan oleh rakyat agar kerajaan BN ditukar, telah dilaksanakan dan dirasai oleh rakyat selama 22 bulan di bawah pemerintahan PH.

Mereke menyesal tetapi penyesalan walaupun 22 bulan dirasakan seolah-olah berada dalam API DALAM SEKAM yang menyala. Kehidupan yang susah amat dirasai oleh mereka. Apatah lagi ada dalam kalangan rakyat di negara ini yang telah diberhentikan kerja, dibuang kerja oleh industri-industri disebabkan perusahaan tidak dapat beroperasi.

Kita telah membuat kajian rambang mengenai perkara ini (mahu UMNO-BN kembali sebagai pentadbir negara) dan insya-Allah, rakyat akan memilih BN semula.

Jika kita lihat pula senario politik di negara ini, kita dihidang dengan BN, Muafakat Nasional (MN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

BN sememangnya sudah jelas kedudukan mereka. Apapun mereka sudah bersiapsiaga untuk mengadap PRU15.
MN pula masih terumbang-ambing kerana dasar MN tidak sama di negeri-negeri atau dalam erti kata lain, antara negeri dengan negeri, dasar yang digunapakai oleh MN berbeza-beza. Ada yang okay, ada yang TKO.

Tetapi setelah dirujuk melalui soalselidik, kita dapati jika MN yang bertanding atas permuafakatan UMNO dan PAS, negara ini akan mudah diperintah dan ditadbir dengan majoriti kerusi yang selesa.

Jika PN pula, ia adalah sebuah kerajaan yang didokong olah Ahli-ahli Parlimen. Mereka tidak mendapat sebarang mandat daripada rakyat. Malahan, ada sesetengah dari kalangan mereka adalah serpihan daripada PH.

PPBM (Bersatu) adalah sebahagian dari ahli PH yang menentang BN dan PAS. Apa yang PPBM tidak cakap tentang PAS dan UMNO? Apa yang tidak dihinanya? Istilah seperti penyamun, perompak, dilontarkan.

Apa yang PPBM tidak hina PAS? Dikatanya PAS sebuah parti yang bekerjsama dengan Penyamun dan Perompak! Dikatanya juga PAS sebagai parti yang menghalalkan Perompak dan Penyamun.

PAS sebuah parti yang menjual agama demi kuasa tetapi akhirnya mereka juga yang mencium tangan UMNO dan PAS – merayu untuk membina sebuah kerajaan demi menyelamatkan negara serta meminta UMNO dan PAS bersetuju mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Apakah benar matlamat yang diungkapkan benar-benar untuk menyelamatkan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia 32 juta orang atau menyelamatkan tengkuk sendiri?

Serpihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dahulunya bersama-sama dengan PKR.

Kita baling ke belakang atau throwbnack… apa yang tidak dikutuknya UMNO dan PAS? Orang ini, kini meminta nyawa untuk memastikan dirinya sentiasa berada dalam kerajaan yang berkuasa. Inilah nilai pemimpin yang ada. Adakah rakyat bodoh tidak melihat perkara ini?

Ditambah pula dengan episod pelompat-pelompat Geng Katak. Ahli Parlimen yang tidak tahu malu, melompat kerana laba dan jawatan. Apakah mereka ini sedikitpun tidak merasa malu kepada para pengundi mereka? Tidak merasa malu kepada jentera mereka? Kepada masyarakat pengundi dan rakyat di kawasan mereka?

Adakah perbuatan mengkhianati menjadi nilai kepimpinan mereka atau wang ringgit dan jawatan menjadi kiblat mereka? Rakyat tahu dan rakyat bukan buta dan bodoh!

Bercakap soal rakyat dan akar umbi dalam parti, apakah sebenarnya kehendak akar umbi iaitu 3.3 juta orang ahli UMNO?

Akar umbi UMNO mahukan UMNO-BN berdiri dengan prinsip yang telah dibina sekian lama. Nilai yang dipupuk dan ditanam kepada setiap ahli sejak UMNO ditubuhkan.

Akar umbi ingin mengingatkan kepimpinan UMNO, bahawa UMNO berdiri hari ini kerana kekuatan akar umbi yang memegang tiang serinya.

Akar umbi UMNO mahu UMNO bermaruah. Walaupun diuji, dicabar, dihina dan ditindas, akar umbi UMNO mahu pemimpin-pemimpinnya berdiri teguh. Jangan goyah. Jangan goyang. Jangan mudah terpengaruh kerana kuasa yang dirasai itu, tidak kekal sehingga ke liang lahad.

Akar umbi tidak mahu pengkhianat, tidak mahu orang yang mengadu domba, tidak mahu pemimpin yang tidak setia kepada asas perjuangan UMNO, benci kepada jurucakap-jurucakap pengaut projek yang menghentam UMNO dan Institusi Kepresidenan.

Kesetiaan akar umbi tidak pernah luntur kepada UMNO dan itu bai’ah ahli-ahli akar umbi UMNO. Akar umbi bukan kisah pun siapa yang menjadi Perdana Menteri dan tidak pernah dibincangkan pun dalam mana-mana persidangan UMNO Bahagian.

Apa yang penting pada mereka ialah UMNO mesti menjadi parti peneraju Kerajaan dan membela untung nasib rakyat Malaysia. Itu yang mereka mahu.

Mereka sudah mual dengan POWER GRABBING dalam UMNO. Enuff is Enuff. Akar umbi mahu UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu yang dilihat sebagai parti pengkhianat.

Ada di antara akar umbi bertanya, PPBM ini parti apa? Boleh menerima ahli DAP didalamnya? Apa bezanya menerima ahli DAP dengan bekerjasama dengan DAP dahulu? Adakah mereka ini wakil DAP dalam PPBM?

Tidak seorang pun ahli PPBM atau PAS bising mengenai perkara ini. Mereka selamba sahaja. Tetapi apabila ada sahaja khabar angin tentang UMNO mahu bekerjasama dengan PKR, mereka kaitkan dengan DAP. Bising satu Malaya. Apakah mereka tidak tahu sebenarnya mereka yang pernah hidup dan tidur sebantal dengan DAP! Lupa? Jangan jadi pelupa, tak baik!

Inilah politik murahan. Prinsip dibuang demi habuan. Demi jawatan, demi kuasa dan ingatlah, rakyat bukan buta. Rakyat bukan bodoh!

Hipotetikal, UMNO setuju kerjasama dengan PKR. Tidak pernah MKT mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kerjasama ini. Tidak ada penyataan rasmi tentang kerjasama ini.

MKT telah membuat keputusan NO DAP No Anwar PKR NO Bersatu! Di manakah ayat yang tidak difahami oleh mereka ini. Ini adalah kenyataan rasmi UMNO.

Tiada keperluan untuk bekerjasama pun dengan mereka kerana secara terang prinsip mereka amat berbeza dengan prinsip dan nilai UMNO itu sendiri. Sudah pasti ahli akar umbi akan menolak perkara ini. Tetapi ini adalah dakyah yang dimainkan oleh Bersatu supaya rakyat marah terutamanya orang Melayu terhadap UMNO, dengan UMNO.

Sebab itulah mereka yang dari bekas PKR ini, adalah parasit dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Tak mendapat apa yang diinginkan daripada PKR, dari PPBM, mereka akan cuba meranapkan imej UMNO.

Pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi harus berhati-hati dengan cara mereka yang licik. Mereka akan membeli dan membeli kesetiaan akar umbi. Akan membeli Ketua-Ketua Bahagian yang lemah nilai dirinya. Akar umbi harus menegur Ketua-ketua bahagian yang sebegini kerana ia akan merosakkan UMNO dari dalam.

Sebenarnya, UMNO boleh berdiri sendiri tetapi bersyarat iaitu:

-Tiada perbalahan dalaman

-Semua perbalahan harus diurus dengan baik secara persaudaraan

-Jangan cepat melakukan kenyataan yang boleh di “pick up” sebagai bahan untuk menghentam UMNO

-Jaga keluarga masing-masing iaitu Bahagian masing-masing. Ayah-ayah harus menjaga anak-anak mereka di rumah masing-masing dan tetap istiqamah dengan perjuangan.

-Sering melakukan muhasabah diri. Jika merasakan diri itu sudah tidak boleh lagi memimpin maka berundurlah dengan hormat supaya anda akan dikenang sepanjang hayat. Kalau mahu terus memimpin, pimpinlah dengan penuh sifat mawaddah warrahmah demi menjaga saf perjuangan. Inilah syarat utamanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button