NasionalNegeri

Kakitangan KUIPs terima RM2,000 duit raya

REZEKI kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) apabila masing bakal menerima RM2,000 sempena menyambut Aidilfitri nanti.

Perkara ini telah diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa Bantuan Khas Kewangan (BKK) itu akan mula dibuat pada 28 Mac ini.

Kakitangan KUIPs menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan ALP, Ahli LPU, Pengurusan Eksekutif KUIPs dan staf kampus ini, malam tadi.- Gambar Ihsan KUIPs

“Semoga sumbangan ini dapat digunakan bagi mengadakan persiapan Aidilfitri,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dengan Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Pengurusan Eksekutif KUIPs dan staf kampus ini, malam tadi.

Sementara itu Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, kesemua 250 staf dari Gred 54 kebawah akan menerima RM2,000 manakala Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) akan menerima RM1,000 seorang.

“Saya berharap semua kakitangan akan menunjukkan prestasi lebih cemerlang dan bersedia berkhidmat untuk universiti ini sambil berbelanja dengan berhemah menjelang Aidilfitri nanti,” katanya.

Sementara itu beberapa staf yang ditemui menyambut berita ini dengan penuh kesyukuran kepada pihak pengurusan kerana sentiasa menghargai mereka.

Pengawal keselamatan, Azaid Hassan, 38 berkata, dengan pemberian BKK ini pastinya sambutan aiidilfitri tahun ini lebih bermakna.

“Duit yang saya terima ini pastinya dapat membantu untuk ahli keluarga membuat persiapan menjelang syawal tidak lama lagi,” katanya.

Mohd Asri menyerahkan surat pelantikan kepada salah seorang penerima sambil disaksi Muhamad Rozaimi Majlis Berbuka Puasa dengan ALP, Ahli LPU, Pengurusan Eksekutif KUIPs dan staf kampus ini, malam tadi.

Manakala Ketua Bahagian Pemasaran, Jabatan Canselori yang juga pensyarah Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam Nur Syaedah Kamis, 34 berkata, pengumuman BKK ini pastinya memberi khabar gembira baginya yang akan pulang beraya nanti.

“Pada tahun ini pengurusan KUIPs sangat bermurah hati dengan meningkatkan bantuan hari raya kepada seluruh warga KUIPs berbanding tahun lepas sekali gus dapat meringankan beban saya yang akan pulang beraya di Sabah tahun ini,” tambahnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button