Ekonomi

Allianz General dan ProppyApp tandatangani MOU tingkat kebolehcapaian insurans

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menandatangani Memorandum  Persefahaman (MoU) dengan penyedia perkhidmatan e-dagang hartanah, ProppyApp Sdn. Bhd, iaitu penyedia perkhidmatan aplikasi mudah alih, ProppyApp.

Melalui kerjasama itu Allianz General akan menyokong ProppyApp, syarikat permulaan teknologi baharu yang berasal dari Malaysia, untuk meluaskan capaian penyelesaian insurans sambil menawarkan kemudahan
insurans kepada pengguna ProppyApp.

Melalui kerjasama ini, pelbagai penyelesaian insurans akan disediakan kepada pengguna  ProppyApp. Beberapa produk Allianz General yang akan tersedia dalam aplikasi ini termasuk Allianz Shield Plus, Allianz Private Car Comprehensive Insurance, Allianz Motorcycle Plus, Allianz Travel Care dan Smart Home Cover.

Pengguna akan dapat membeli pelbagai insurans melalui platform yang mesra pengguna dan dipercayai yang berasaskan ekosistem gelung terbuka. Ini akan menggiatkan semula ekonomi kejiranan yang seterusnya akan memupuk kemampanan. ProppyApp boleh dimuat turun dari App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Allianz General untuk merevolusikan landskap insurans dalam talian melalui ProppyApp, yang merupakan platform yang inklusif dan boleh diakses untuk semua. Kerjasama ini bukan sahaja sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian transformasi digital tetapi juga mencerminkan dedikasi kami untuk memperkasakan individu dan perniagaan untuk berkembang maju dalam era digital dengan membuat keputusan termaklum.,” Ketua Pegawai Eksekutif ProppyApp Sdn.
Bhd., Dr Max Chen, .

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, mereka  gembira untuk mengembangkan lagi jejak digital kami dengan menandatangani MoU itu dengan ProppyApp.

“Kami gembira dapat mencari sinergi dalam misi bersama kami untuk menjadikan insurans lebih mudah diakses dan mudah untuk individu dan perniagaan di seluruh Malaysia.

“Di Allianz General, fokus kepada pelanggan dan pengalaman pengguna adalah aspek penting dalam perniagaan kami. Jadi, kerjasama ini memastikan pengalaman pelanggan yang memuaskan dan pelbagai penyelesaian untuk pelbagai pengguna,” kata Sean.

Allianz General ialah penanggung insurans am terkemuka di Malaysia dengan bahagian pasaran sebanyak 14.0% pada Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2023 manakala ProppyApp ialah OmniApp Merangkumi Rumah dan Hartanah termaju yang dibina dengan teknologi Trust-Tech. – SM

(Visited 12 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button