Ekonomi

Kad Kredit-i Mega Bonanza Bank Rakyat tawar hadiah lebih RM300,000 kepada pelanggan

LANGKAH proaktif untuk seluruh pelanggan Bank Rakyat diambil agar dapat menikmati Kad Kredit-I Mega Bonanza yang turut menawarkan hadiah berjumlah lebih RM300,000.

Menerusi Kempen Kad Kredit-I Mega Bonanza yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 nanti, para pelanggan berpeluang memenangi tiga kereta jenis Proton X50, lima motosikal jenis Yamaha LC135 serta pulangan tunai yang nilai keseluruhannya berjumlah RM10,000.

Hanya 50 pemenang bertuah dapat menikmati hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Menurut kenyataan Bank Rakyat hari ini, mereka yang ingin menyertai kempen ini khususnya pelanggan Kad Kredit-I baharu, anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

“Bagi pemegang Kad Kredit-I sedia ada pula, mereka perlu melakukan transaksi pembelian minimum sebanyak RM500 sahaja.

“Setiap transaksi terpilih bagi pembelian ini akan diberikan satu penyertaan, berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan,” memetik kenyataan tersebut.

Sementara itu, khas untuk pelanggan Kad Kredit-I baharu dan sedia ada yang bekerja di sektor-sektor Kerajaan, kategori pelanggan ini layak untuk menerima dua peneyrtaan dalam cabutan hadiah kempen.

Setelah kempen berakhir, pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui panggilan telefon.

“Kempen ini disasarkan memberi manfaat kepada lebih 400,000 pelanggan sedia ada Kad Kredit-I Bank Rakyat, sejajar dengan usaha institusi perbankan ini untuk memberi penghargaan kepada pelanggan setia kami,” katanya.

Antara keistimewaan Kad Kredit-I Baml Rakyat, tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara dan pulangan 5% tunai bagi semua tempahan penerbangan dan hotel yang dilakukan dengan menggunakan Kad Kredit-I Platinum Explorer. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button