Hiburan

Dihina, maki di laman sosial, Wani Comel buat laporan polis lagi

SELEBRITI media sosial, Wani Comel yang sebelum ini mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang usahawan kosmetik mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira, dia memberitahu terdapat banyak pihak yang sering mengganggu hidupnya dengan pelbagai kata-kata kesat.

Malah, gadis berusia 23 tahun itu juga mendakwa ada yang mendoakannya supaya mati.

“Bukan sahaja dimaki dan dihina, saya juga difitnah serta bentuk badan saya dipersendakan. Jadi, atas nasihat peguam, saya akan membuat laporan polis dan seterusnya ke SKMM.

“SKMM berhak dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap anda sekiranya laporan tersebut selaras dengan mana-mana kesalahan di bawah akta yang tersedia,” katanya

Menurutnya, dia bersama beberapa individu lain juga sedang mengumpulkan bukti dan komen yang menghina dan berbaur provokasi terhadapnya.

Sebelum ini, Wani Comel membuat sidang akhbar dan mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang usahawan kosmetik berkaitan kontrak berat sebelah dan tidak dibayar ketika menjadi duta produk itu.

Namun, beberapa hari selepas itu, ushawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri juga membuat sidang akhbar untuk menafikan dakwaan tersebut dan pihaknya tidak pernah berjanji untuk membayar Wani Comel. -SM

(Visited 1,032 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button