Nasional

Kabinet tak bincang, tapi Muhyiddin rela potong gaji 10 peratus

CADANGAN mengenai pemotongan gaji menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, tetapi Tan Sri Muhyiddin rela gajinya dipotong.

Perdana Menteri berkata, beliau sedia menerima cabaran potong gaji itu.

“Saya bersedia untuk mengambil cabaran tersebut. Saya mahu gaji saya dipotong, mungkin lima atau 10 peratus,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan pemotongan gaji jemaah menteri memandangkan barisan Kabinet kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya.

Namun katanya, cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Malah beliau juga percaya, kebanyakan menteri yang dilantik sedia untuk melakukan apa sahaja demi menabur khidmat kepada negara.

“Kami tidak membincangkan perkara tersebut hari ini jadi jangan (buat keputusan) melangkaui perbincangan tetapi apa yang saya boleh katakan, kami bersedia menyumbang apa yang kami mampu,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button