Nasional
Trending

Kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi, bersidang setiap Isnin

MESYUARAT Kabinet pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sebagai langkah segera mendepani cabaran ekonomi negara.

Muhyiddin berkata EAC yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, akan bersidang setiap Isnin dengan mesyuarat pertamanya pada 16 Mac ini.

EAC akan dianggotai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beberapa individu berwibawa lain akan dipilih dan dipanggil untuk menganggotai EAC termasuk Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

“Semua jemaah menteri sedar terutama dalam situasi ekonomi meruncing dengan harga minyak yang turun ke paras US$30 setong, turun 31 peratus sudah tentunya akan memberi kesan kepada sumber dana kerajaan.

“Ini dibebankan lagi COVID-19 yang telah berlarutan selama beberapa minggu dan memberi impak amat besar kepada negara terutamanya dalam soal ekonomi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet itu di sini, hari ini. – BERNAMA

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button