Nasional

Kabinet setuju RUU program laluan selari dipinda

SATU rang undang-undang (RUU) berkaitan program laluan selari atau (parallel pathway) yang mencetuskan perdebatan hingga Universiti Teknologi Mata (UiTM) digelar akademi aparteid akan dibentangkan oleh kerajaan.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, pindaan itu akan dibentang di sidang Parlimen akan datang selepas memorandum bersama dibawa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Harap dalam seminggu, dua ini satu memorandum bersama daripada mungkin sama ada menteri KKM atau pendidikan tinggi dibawa ke Jemaah Menteri untuk bentangkan RUU pindaan yang dimaksudkan.

“Kalau berjalan lancar ia akan dibawa ke Parlimen dalam sesi akan datang atau selepas itu,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2024 di pejabatnya.

(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button