Nasional

Kabel elektrik jambatan Pulau Pinang terbakar, sebabkan kesesakan teruk

ORANG ramai yang sedang memandu pulang dari bahagian pulau ke Seberang Perai terperangkap dengan kesesakan luar biasa ekoran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar petang ini.

Dalam kejadian jam 4.27 petang itu, asap hitam keluar daripada jambatan itu ekoran kabel yang terbakar di KM3.3, menuju ke pulau.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, jentera bomba dari balai bomba Perai dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran.

Kejadian sama pernah berlaku pada tahun 1993 juga akibat kabel elektrik di bawah jambatan itu terbakar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button