Nasional

Hari ini ada 2,192 kes baharu Covid-19, 6 kematian

SEBANYAK 2,192 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini disertai dengan enam kematian.

Daripada jumlah itu terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor kembali mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 910 diikuti Kuala Lumpur dengan 303 dan Sarawak, 221 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr .Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh bagaimanapun lebih tinggi iaitu 3,414 orang.

Sementara jumlah pesakit yang masih menerima rawatan ialah 32,075 orang dengan 199 di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 memerlukan bantuan alat pernafasan.

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button