Luar NegaraUncategorized

Jumlah penumpang udara Singapura cecah 31%

JUMLAH penumpang udara di Singapura mencecah 400,000 atau 31% dari tahap pasca-Covid-19 untuk minggu berakhir 17 April 2022.

Sekalig gus, meningkat 18% berbanding bulan lepas berikutan pembukaan semula sempadan kepada pengembara lengkap vaksinasi, mulai 1 April 2022.

“Perjalanan udara kembali pulih dengan baik dan kami jangka jumlahnya akan terus meningkat terutamanya pada hujung minggu sepanjang Aidilfitri dan musim cuti sekolah pada Jun,” kata Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Han Kok Juan dalam kenyataannya hari ini.

Menurut CAAS, peningkatan itu berdasarkan volum trafik yang meningkat di semua pasaran utama dengan pertumbuhan kukuh terutamanya trafik keluar dan masuk dari Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Peningkatan itu membabitkan pelancong antarabangsa dan tempatan dengan warga Singapura dan penduduk tetap merangkumi 32% daripada jumlah keseluruhan, katanya.

“Bilangan penerbangan penumpang juga meningkat kepada 38% pada minggu yang sama berbanding 29% pada bulan lepas.

“Kekerapan penerbangan keluar dan masuk dari Australia, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam turut menyaksikan peningkatan yang ketara,” katanya lagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button