Nasional

Judi haram Sungai Buloh: SPRM sudah hubungi PDRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat sama ada terdapat pegawai yang menerima rasuah dengan melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya memandang serius sebarang dakwaan yang mengatakan terdapat unsur rasuah dikalangan pihak berkuasa.

“Saya juga telah berhubung dengan PengaPengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, pagi tadi berkenaan dengan isu ini.

“Beliau memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas premis-premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti-aktiviti perjudian tersebut kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Sepatutnya polis bagi bunga pada saya

Menurutnya, PDRM juga akan bekerjasama dan menyalurkan maklumat kepada SPRM jika terdapat pegawai atau anggota polis yang terlibat

“Pihak JIPS juga akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai dan anggota polis yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Khusairi, orang ramai diminat untuk menyalurkan maklumat salah laku kuasa kepada SPRM dan tidak menghebahkannya ke dalam media sosial.

Jelasnya, penyebaran maklumat berkenaan sebarang aktiviti jenayah atau haram di media sosial akan memberi ruang untuk mereka menghapuskan bukti terlebih dahulu.

etua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar. Shafa’aton dalam sidang akhbarnya menyifatkan ‘pendedahan’ Mohd. Asri sebagai tomahan.

Menurut Shafa’aton, Mohd. Asri tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

BACA> Mustahil pemilik hot burger memfitnah, kata bekas menteri KDN

Shafa’aton berkata, tindakan pengadu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah.

Menurutnya, video itu merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

“Kita sedang mengesannya dan akan memanggilnya dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan, termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button