fbpx
Hiburan

Kumpul ‘subscriber’ tinggi tidak jamin pendapatan lumayan

KETIKA ini, memang ramai yang mula berminat untuk memiliki sebuah saluran YouTube memandangkan hasil yang lumayan boleh diperoleh menerusi medium tersebut.

Indonesia tampil lebih awal dalam dunia YouTube dan sokongan yang diberikan juga sangat padu.

Atta Halilintar antara seorang daripada YouTuber Indinesia yang kini cukup dikenali apatah lagi sudah mencatatkan lebih 25 juta subscriber.

Dengan jumlah subscriber sebegitu ramai, pasti ramai yang menyangka bahawa Atta mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi.

Namun, perkara itu dinafikan Atta yang memberitahu bahawa terdapat dua nama besar di Indonesia yang memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada di YouTube.


BACA> The Man For Nowhere bakal ke Hollywood

Antara nama yang disebut Atta ialah YouTuber Deddy Corbuzier yang kini mencatatkan jumlah subscriber sebanyak 10.7 juta.

Menurut Atta, Deddy mempunyai video dengan durasi yang lama dan perkara otu boleh mempengaruhi pendapatan menerusi iklan.

“Semakin panjang video seseorang itu, semakin tinggi masa tontonan yang boleh dicapai sesebuah saluran YouTube.

“Video dengan jumlah penonton yang banyak belum tentu mendapat keuntungan besar sebagai contoh video klip muzik.

“Video klip muzik cuma sampai tiga ke empat minit dan mempunyai satu titik iklan. Kalau 10 minit, ada dua titik iklan dan cuba bayangkan kalau satu jam?,” katanya seperti dilaporkan Detikhot.

BACA> Sedih guna pelitup muka kotor berjahit berulang kali

Selain Deddy, Atta turut menyebut beberapa lagi nama lain yang berpotensi mempunyai pendapatan lebih tinggi daripadanya.

Nama yang disebut ialah Raffi Ahmad menerusi saluran YouTube Rans Entertainment dan Baim Wong menerusi saluan Baim Paula. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button