Jom meriahkan karnival di Semenyih, ada Lighting Show, ada Muaythai dan macam-macam lagi!
Karnival Semarak Semenyih bakal diadakan pada 1 Februari hingga 2024 di tapak ECOHILL WALK SEMENYIH dengan kehadiran beberapa artis tempatan anjuran Ultimate Titan Sdn Bhd , International Lighting Show dan Hallo Fight Club (Kelab Muaythai).
Peminat dapat beramah mesra bersama artis tempatan dan membeli produk mereka yang diniagakan seperti Penyanyi Lagenda Nash Lefhanded, Ezlyn Hye Hye Bye Bye, Nazia Mustapha, Zarina Zainudin, Serina Chef Wan, Aida Aris, Raja Emma Mami dan ramai lagi.
Dikuasakan oleh App Proppy membantu lebih ramai usahawan dalm membina platform niaga yang lebih baik dengan latar belakang lokais yang dapat memuatkan lebih ramai pengunjung.
Menurut pengarah Ultimate Titan , Nik Baizura Datuk Sabiamad berkata pihaknya kali ini menjangkakan kehadiran lebih 50 ribu pengunjung memandangkan pengisian karnival yang semakin meriah dan mampu menarik kunjungan ramai.
Bukan sahaja pengunjung namun, pihaknya turut berbesar hati menerima Kerjasama dari pelbagai seperti Arjunasukma, Syabab & Brand minyak wangi terkenal Iba Dari Ahmad Iqbal.
“ Kami mahu memupuk kebersamaan dalam mengadakan karnival berprestij tinggi ini bersama belia setempat. Disamping memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik. Kami berhasrat membantu usahawan-uasahan terdiri pelbagai golongan sekaligus meningkatkan ekonomi setempat dan disamping memperkenalkan industri sukan dan permainan tidak terkecuali industri hiburan tanah air dengan menampilkan usahawan-usahawan dalam kalangan artis tempatan.” Nik Baizura Datuk Sabiamad.
Selain itu Karnival Semarak Semenyih akan bersama-sama program utama seperti International Lighting Show secara besar-besaran di tapak Ecohill Walk Semenyih dan juga akan menghimpunkan penggiat muaythai amatur dari seluruh Malaysia malahan untuk kanak-kanak tidak terkecuali.
Hadiah menarik menanti anda oleh para penaja untuk pertandingan dan aktiviti istimewa kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna By Champs, Pertandingan Peragaan, Pertandingan Karok Junior Dan Duo Pertandingan Azan Dan Iqamat serta Banyak Lagi.
Lebih menarik terdapat 100 vendor makanan dan minuman yang sedang ‘viral’ di media sosial akan diadakan sepajang karnival berlangsung.
Artikle Berkaitan :>