Kesihatan

Jika Anda Sukar Alami Tidur Sepanjang Lockdown, Ini Lima Tip Yang Sesuai Dipraktikkan!

Tidak dinafikan ramai orang mengalami perubahan waktu tidur semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan dan masing-masing mula beradaptasi dengan langkah stay at home.

Namun demikian, ia bukanlah sesuatu yang baik kerana perubahan waktu tidur akan memberikan pelbagai kesan sampingan kepada tubuh, mental serta emosi untuk jangka masa yang panjang.

Akibat perubahan waktu tidur ini, segelintir individu sukar untuk mendapatkan semula waktu tidur pada sebelah malam dan menerusi artikel ini, Suara Merdeka ingin tip yang bermanfaat untuk anda :

1. Bakar tenaga pada waktu siang dengan senaman

Satu eksperimen pada tahun 2010 mendapati bahawa orang yang sentiasa bersenam akan tidur dari 45 minit sehingga satu jam tambahan pada kebanyakkan malam.

Walaupun begitu, terdapat dua amaran : Jangan bersenam dalam tempoh dua jam sebelum tidur sebaliknya, bersenamlah pada waktu pagi dan petang untuk melepaskan tekanan.

Jika kita bersenam dekat dengan waktu tidur, tubuh dan otak kita mungkin sukar untuk menjadi ‘perlahan’ dan tidur dengan mudah.

Untuk melihat kebaikan senaman kepada tubuh, seseorang perlu sentiasa bersenam dan bukannya bersenam sesekali sahaja.

2. Jangan makan tiga jam sebelum tidur

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa tubuh kita tidak dapat tidur dengan elok jika makan pada lewat malam.

Di sini terdapat beberapa tips jika lapar ditengah malam: Cuba ubah jadual kita dan cuba bekerjasama dengan keluarga untuk makan seawal yang mungkin.

Kita akan kagum dengan kualiti tidur kita bila kita mula makan lebih awal.

3. Elakkan pengambilan kafein pada waktu petang

Jangan memandang ringan kesan rangsangan kafein seperti teh dan kopi di dalam sistem saraf manusia.
Walaupun toleransi kesan terhadap kafein berbeza bagi setiap orang, lebih baik ia dielakkan pada waktu petang ataupun pilihlah minuman herba.

Saya tahu ini mungkin sukar untuk dilakukan dalam suasana tradisi keluarga di mana teh dan kopi sentiasa diminum selepas makan malam.

Namun jika kita menghargai masa tidur kita, kita akan menggantikan pengambilan kafein pada waktu malam dengan air atau minuman tidak berkafein.

4. Elakkan skrin peranti sebelum tidur

Menggunakan tablet atau komputer pada waktu petang akan mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh.
Melatonin adalah bahan kimia utama dalam otak yang membantu kita tidur. Ini bukanlah suatu proses yang mahu kita ganggu.

Kita mungkin rasa kita seorang yang produktif dengan memeriksa e-emel pada lewat malam, tetapi sebenarnya kita telah membahayakan diri sendiri dan memberikan kesan kepada tidur (yang kadangkala boleh menyebabkan kemurungan kepada diri kita)

Tutup sahaja telefon kita atau letakkannya pada mode silent. InsyaaAllah ia akan memberikan kesan yang sangat besar.

5. Baca sedikit sebelum tidur

Membaca bahan bacaan ringan sebelum tidur membantu menggalakkan imaginasi, menenangkan minda dan membolehkan kita tidur dengan lebih cepat.

Saya mencadangkan agar kita membaca buku-buku yang memberi inspirasi seperti buku motivasi, sirah, tafsir atau sebarang buku yang boleh menutup hari kita dengan nota positif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button