Hiburan

Jenazah Pitt Hanif selamat dikebumikan di AU2 Keramat

KUALA LUMPUR – Penantian aktres Fauziah Nawi berakhir apabila jenazah anaknya, Mohd. Firdaus Mohamad Hanif, 43, tiba di kediaman Fauziah tepat pukul 12.30 tengah malam ini.

Gugur air mata sang ibu yang menyambut jenazah anaknya dalam keadaan hujan renyai di kediaman Fauziah di Taman Melati, dekat sini.

Kekuatan dan ketabahan Fauziah diuji dengan perginya anak lelakinya dalam usia 43 tahun ekoran tragedi bot fibre yang dinaiki oleh arwah bersama seorang kru penggambaran filem berjudul Coast Guard sewaktu eancing di Sungai Mela, Kuala Lipis dilaporkan terbalik dan pecah dua.

Ekoran itu Pitt dan rakannya tercampak ke dalam sungai yang mana rakannya yang merupakan jurukamera produksi filem tersebut selamat.

Ketibaan jenazah allahyarham Mohd. Hanif atau lebih mesra dengan panggilan Pitt, disambut oleh berpuluh-puluh orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.

Walaupun van jenazah bertolak dari Hospital Kuala Lipis, Pahang tiba lewat tengah malam dalam keadaan hujan renyai di rumah ibunya namun rakan taulan tetap setia menunggu.

Pada sebelah petang, persiapan dibuat oleh rakan-rakan dengan khemah didirikan untuk keselesaan mereka yang menanti ketibaan jenazah.

Ramai yang memilih berpayung sementara menanti dengan sabar ketibaan van yang membawa jenazah Pitt.

Solat jenazah diadakan di rumah Fauziah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU 2 Keramat untuk disemadikan.

Pagi Sabtu, Pitt dan rakannya menjalankan aktiviti riadah memancing ikan selepas tamat penggambaran filem Coast Guard.

Filem tersebut arahan Pitt, filem pertama dan terakhir allahyarham.

Nama Pitt Hanif dikenali dalam kalangan karyawan produksi drama sebagai seorang sutradara.

Pitt meninggalkan seorang isteri, aktres dan penggiat teater yang juga tenaga pengajar seni pementasan, Farah Ahmad dan tiga orang cahaya mata yang kesemuanya perempuan.

Salam takziah daripada admin Suara Merdeka dititipkan buat Fauziah Nawi, Farah dan anak-anak arwah serta seisi keluarga.

AlFatihah buat allahyarham sutradara Pitt Hanif.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button