Politik

Jawi: ADUN PKR ingatkan ADUN DAP jangan tunjuk hero

AHLI Dewan Udangan Negeri (ADUN) PKR Mohd. Najwan Halimi mengingatkan ADUN DAP Chow Yu Hui agar tidak tunjuk ‘hero’.

Ingatan itu diberikan oleh ADUN Kota Anggerik (Selangor) itu selepas Chow yang merupakan ADUN Tras (Pahang) memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.

Mohd. Najwan dalam Twitternya berkata, ADUN DAP itu tidak perlu mencari publisiti murahan dengan mempersoalkan pelaksanaan tulisan Jawi di negeri itu.

“ADUN Tras tak perlu cari publisiti murah nak persoal penggunaan tulisan Jawi. Buatlah kerja yang berfaedah dan bermanfaat untuk rakyat. Jangan nak tunjuk hero tak tentu pasal!” Ciap Mohd. Najwan. Ciapan itu turut mendapat tanda suka dari ADUN Kuantan Fuziah Salleh.

Chow melalui peguamnya M Manogaran, Jonathan and Chong Kar Yan  telah menfaikan permohonan untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang di Mahkamah Tinggi Kuantan kelmarin.

Permohonan itu untuk mahkamah menyemak semula arahan yang dikeluarkan kerajaan Pahang dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Chow, Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai terutama pemilik perniagaa, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka.

“Ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan. Setiap pihak ada khalayak sasaran sendiri. Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?” soal beliau.

Majlis Daerah Raub dinamakan sebagai responden pertama dan kerajaan Pahang sebagai responden kedua.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz menetapkan 28 Ogos untuk membut keputusan sama ada untuk membenarkan permohonan tersebut atau tidak.

Kerajaan Pahang memutuskan semua papan tanda di jalan raya dan premis perniagaan perlu menyertakan tulisan jawi dengan saiz yang sama dengan tulisan Rumi tahun lalu.

Dasar itu dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2020 dan tindakan akan dikenakan kepada premis yang tidak berbuat demikian.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button