Politik

Jawatan Zuraida dah kosong, hak siapa lantik pengganti?

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor berkata, beliau terima berita semalam ada ura-ura untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari PPBM dan melantik seorang lagi ahli parlimen atau senator PPBM untuk menjadi menteri menggantikan Zuraida.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin pula kata jawatan menteri yang dikosongkan Zuraida adalah hak dan kuota mereka (PPBM) untuk diisi.

“Saya ingin mengingatkan Muhyiddin bahawa kuasa untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dan menteri Kabinet adalah di tangan Perdana Menteri, bukan di tangan Presiden PPBM,” kata Isham

Muhyiddin tidak boleh mendahului Perdana Menteri dan dia perlu serah kepada Perdana Menteri untuk pertimbang dan buat keputusan dan perlu terima budibicara dan keputusan Perdana Menteri walaupun keputusan itu tidak memihak kepadanya, katanya.

Berikut adalah catatan Isham seterusnya:

Berdasarkan undang-undang, jawatan menteri bukanlah hak sesuatu parti untuk menentukan tetapi ia adalah hak Perdana Menteri, mengikut Perlembagaan tidak ada kuota parti untuk pelantikan menteri kabinet. Muhyiddin perlu ikut undang-undang bukan buat undang-undang sendiri.

Berdasarkan pertimbangan politik pula, tidak masuk akal untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dan menteri dari PPBM pada masa ini.

Mereka (PPBM) telah kalah teruk dalam pilihanraya-pilihanraya kebelakangan ini termasuk di Melaka dan di Johor, ini menunjukkan secara terang dan nyata bahawa rakyat telah menolak mereka dan jawatan kerajaan yang dipegang oleh mereka kini tidak mendapat mandat dari rakyat. Apabila mereka (PPBM) melompat parti, mereka telah hilang legitimasi atau keabsahan demokratik.

Menteri-menteri PPBM dalam kabinet kini adalah sama ada tidak kompeten atau pelompat parti.

Jika ada lagi dalam kalangan mereka ini dilantik dalam kabinet untuk jadi Timbalan Perdana Menteri atau menteri pula, ia akan melemahkan lagi kerajaan dan menambah persepsi negatif rakyat kepada kerajaan dan bukannya sebaliknya.

Di kala keadaan ekonomi yang perlu dipulihkan segera dan harga barang yang semakin meningkat, menteri-menteri PPBM yang tidak kompeten dan pelompat parti yang tidak mendapat mandat ini sepatutnya perlu ditukar bukan dikitar semula dalam kerajaan.

Negara tidak perlukan menteri-menteri yang tidak kompeten dan pelompat parti yang gila kuasa dan pentingkan diri sendiri. Kita perlukan menteri-menteri yang cekap, berintegriti dan berprinsip lebih-lebih lagi di masa yang kritikal ini. SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button