Politik

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti, kata Shahrir Samad

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun depan, gesa veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad.

“Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, semua jawatan lain juga perlu dipertandingkan dan tidak ada sebab untuk UMNO menyekat pemilihan terhadap jawatan tertinggi parti kerana ia bertujuan memilih pemimpin dan ia adalah sihat untuk parti.

“UMNO perlu membuka jawatan presiden dan timbalan presiden serta semua jawatan lain untuk dipertan­dingkan dalam pemilihan parti tahun depan sebagai satu respons kepada ‘kekalahan’ Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tidak ada sebab untuk UMNO menyekat pemilihan terhadap jawatan tertinggi parti kerana ia bertujuan memilih pemimpin dan ia adalah sihat untuk parti.

“Walaupun kedua-dua jawatan itu pernah dimenangi tanpa bertanding oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, tidak bermakna ia tidak perlu dipertandingkan dalam pemilihan kali ini.

“Bila pilih pemimpin melalui pemilihan, baru parti boleh tentukan hala tuju. Takkan nak sekat. Ini demokrasi, ini caranya untuk hidupkan dan mekarkan kembali UMNO,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua jawatan itu perlu dibuka kepada semua kerana ia turut melibatkan suara akar umbi parti.

“Siapa yang boleh bertanding dan tawarkan diri, dia layak untuk bertanding. Yang nak mengundi ramai, jadi kena teruskan amalan ini,’’ katanya ketika dihubungi Utusan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button