Nasional

Jangan salahkan masa silam dan ungkit kelemahan – Janna Nick

SELEPAS kembali ke media sosial selepas kontroversi yang melanda, pelakon, Janna Nick memuat naik satu status panjang lebar berkenaan kekasihnya.

Bukan itu sahaja, Janna turut meninggalkan kata-kata seolah-olah dirinya sudah melupakan kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.

“Cara kita membesar, persekitaran, didikan, pengalaman yang menjadi kan kita manusia yang berbeza.

“Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.

“Kau tak boleh salah kan masa silam dia. Kau tak boleh ungkit kelemahan dia.

“Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.

“Yang ada pengalaman pahit / sejarah hitam dalam hidup tu..tak perlu nak selalu rasa down sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau,” katanya.

Status tersebut dimuat naik sebagai sebahagian daripada kisahnya bersama kekasih, Dini Schatzmann yang sebelum ini sering bergaduh ekoran sifat yang berbeza.

Namun, jika dibaca semula, apa yang dimuat naik Janna itu seakan-akan kena dengan situasi yang baru sahaja dihadapinya sebelum ini.

Janna sebelum ini telah dihentam teruk oleh netizen gara-gara statusnya yang didakwa menyentuh personaliti K-Pop dengan niat tidak baik.

Pelakon itu bagaimana pun telah memohon maaf secara terbuka dengan semua peminat K-Pop yang terasa hati.

Malah, dia juga kini sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang didakwa cuba menyebarkan fitnah terhadap dirinya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button