JenayahNasional

Jangan main tuduh-tuduh, buktikan Musa Hassan dibayar sindiket kelab malam

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan kononnya beliau dibayar oleh sindiket tertentu untuk “menyembunyikan” operasi mereka. Itu membuatkan Musa menuntut tampilkan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Akaun media sosial Edisi Siasat mendakwa sindiket “PJ Ming” yang dikatakan mempunyai rangkaian kelab malam membuat bayaran kepada    Musa untuk “menyembunyikan” operasinya dengan sebaliknya menonjolkan kelab malam lain yang terbabit dengan kegiatan dadah.

Ia turut mendakwa konco-konco Musa melantik orang tengah untuk merundingkan perjanjian tersebut.

“Jika ini benar, suruhlah polis tangkap PJ Ming. Namakan siapa PR mereka yang jumpa saya agar pihak polis boleh tangkap mereka,” kata Musa menurut laporan FMT.

Minggu lepas Musa berkata, beliau mempunyai senarai kelab malam di Kuala Lumpur yang membekalkan dadah kepada pelanggan.

Katanya, senarai itu telah diserahkannya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Saya jumpa Ayob selama sejam di Kuala Lumpur tadi. Saya sudah serahkan senarai itu semasa pertemuan,” katanya, semalam.

Musa mendakwa ada orang tengah yang menjadi pengantara kelab malam dengan pihak berkuasa untuk melindungi operasi mereka daripada diserbu. – SM

(Visited 568 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button