Nasional

Jangan benci Rohingya – Dr. Mahathir

Mereka juga mangsa kezaliman

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia supaya tidak membenci orang Rohingya kerana mereka juga menjadi mangsa kezaliman.

Negara-Negara Islam dan OIC, kata beliau, perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar.

“Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya.

“Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam. Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya. Dan orang Rohingya pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati dari kita.

“Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci,” kata bekas perdana menteri di dalam blognya Chedet.

Kata beliau, apa yang kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain. Dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.

“Tetapi menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai 2 bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

“Apa yang patut dilakukan ialah membekal mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat pergi ke negara lain atau balik ke Myanmar.

“Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.

“Kita juga perlu meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia,” kata Dr. Mahathir.

Orang ramai kini berang dengan sikap pelarian Rohingya yang berkelakuan menjengkel dan mengancam keselamatan masyarakat.

Pelarian berkenaan yang menguasai kawasan pasar borong di Selayang dikatakan telah menguasai kawasan berkenaan dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat.

Justeru itu orang ramai menggesakan kerajaan supaya mengusir pada pendatang tersebut yang menyebabkan ketidakstabilan sosial. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button