Nasional

Isu Rohingya atau warga China `halimunan’?

ADAKAH isu Rohingya yang diuar-uarkan dalam seminggu ini di Malaysia motifnya hanya untuk membuat satu “diversion” terhadap isu pendatang China yang khabarnya ribuan menjadi `halimunan’?

Ini ekoran banyak video yang ditularkan berkenaan Rohingya, rata-rata adalah video lama terutama semasa solidariti untuk Rohingya di Taman Tasik Titiwangsa pada 2016.

Tambah membahang lagi apabila sudah ada beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis supaya warga China `halimunan’ ini diburu habis-habisan.

Justeru, benarkah berlaku `serangan bertali arus rakyat Malaysia’ atau sebenarnya anasir berupa `red bean army’ yang agresif mengkritik dan mengecam pelarian Rohingya yang dipercayai berpunca daripada berita palsu mendakwa etnik itu menuntut hak sama rata dan kerakyatan Malaysia.

Ia menyusul selepas pihak berkuasa negara menghalang dua bot membawa pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara lebih seminggu lalu.

Kita rakyat Malaysia jangan lupa satu isu besar ini yang direkodkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, dikeluarkan pada Disember 2019.

Ya! sungguh mengejutkan apabila laporan berkenaan mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 hingga 2018.

Sepanjang tiga tahun tersebut, menurut laporan itu, data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Selain itu, dilaporkan juga wujud kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dab MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

“Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.

“Keadaan itu mengakibatkan data apungan sebanyak 1.56 juta dalam tempoh 2016 sehingga 2018,” kata laporan berkenaan.

Pengauditan itu juga mendapati data kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual di bawah MyIMM,” menurut laporan berkenaan.

Semua penemuan itu dibuat dalam Laporan Audit Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mengenai aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan-badan persekutuan.

Banyak persoalan yang belum terjawab dari isu `halimunan’ warga China ini?

Ia bukan isu `kurang cekap’ oleh Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk tetapi sebenarnya perbuatan `lanun-lanun’ dan penderhaka-penderhaka negara yang hanya nampak wang ringgit untuk mengkayakan diri sendiri.

Kerana itu wajar sekali disegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kemasukan pendatang asing dan penyalahgunaan visa yang boleh menimbulkan ancaman nasional ini.

Masih belum terlewat, sebelum nasi sudah menjadi bubur. -SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button