Nasional

Jaminan kerajaan tidak nafikan hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang

KERAJAAN memberi jaminan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  berkata, kedudukan itu penting dalam memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada kanak-kanak berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut meminta supaya istilah ‘dinafikan’ hak untuk mendapat kewarganegaraan dihentikan.
“Sehingga kita membentangkan ( Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024), kita akan meminta semua ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam perbahasaan supaya kita sama-sama mengambil tanggungjawab bahawa hak kanak-kanak itu mesti dijamin dan dijaga.
“Sekarang kalau tak dapat (kewarganegaraan) cara Seksyen 19B (Bahagian III Jadual Kedua) (Perlembagaan), kita proses di bawah 15A, dia tetap dapat warga negara, tiada istilah dinafikan.
“Janji dimohon dan permohonannya lengkap. Hakikatnya adalah kalau tak diluluskan di bawah kuat kuasa undang-undang, ia tetap diproses dan dibuat keputusan permohonannya di bawah perkara 15A,” katanya di Dewan Rakyat.
Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) berhubung mekanisme bagi membolehkan bayi atau kanak-kanak terbiar diberikan kerakyatan automatik.=
(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button