Berita

Jambatan Pulau Pinang kedua ditutup sempena acara berbasikal

Sempena acara berbasikal, Jambatan Pulau Pinang kedua akan ditutup selama 5 Jam pada Jumaat ini (22.12.2023), bermula jam 10 malam hingga 3 pagi Sabtu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemegang Konsesi JSAHMS, memaklumkan jambatan itu akan ditutup sempena acara berbasikal ‘PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride’.

Jabatan Pulau Pinang kedua

JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai jalan alternatif serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

Sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828, untuk maklumat trafik atau bantuan kecemasan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button