Nasional

Jamal Yunus kena bayar RM300,000 kepada Teresa Kok

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Mohd Arief Emran Arifin Jamal gagal membuktikan pembelaannya.

Jamal, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, turut diperintahkan membayar kos RM50,000 kepada Teresa.

Terea memfailkan saman fitnah pada 2017 mendakwa Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Teresa ketika bercakap kepada media selepas itu menceritakan pengalaman yang disifatkannya sebagai menyeksakan ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jamal membuat laporan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button