Nasional

Jam tangan menteri hampir RM300k, nasihat rakyat perlu bersyukur walaupun gaji kecil

BARU-BARU ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyeru orang ramai supaya bersyukur dengan pekerjaan yang sedia ada.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak memilih kerja dalam keadaan ekonomi yang semakin suram berikutan pandemik Covid-19.
Nasihat beliau itu menimbulkan kemarahan netizen yang telah sekian lama memang hidup `kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang’.
Ramai yang mula menyiasat jam tangan yang dipakai oleh Saravanan kerana tidak puas hati dengan kenyataan menteri berkenaan.
Netizen intip jam tangan menteri
Menerusi ‘siasatan’ netizen bernama Roshinan, jam tangan yang digayakan Menteri Sumber Manusia itu dipercayai berjenama Audemars Piguet model Royal Oak Skeleton. Harga bagi seutas jam tangan ini dianggarkan berharga sekitar lebih RM298,000.
Royal Oak Skeleton dibawah jenama Audemars Piguet dihasilkan pada sekitar tahun 2013 dan sesuai untuk kegunaan bagi lelaki mahupun wanita. Jam ini mempunyai kenipisan 9.4mm, diameter 39mm dan kalis air 5 ATM.
Bukan itu sahaja, netizen juga menemui pelitup muka diletakkan di atas meja menteri itu yang bercorak design LV. Pengguna media sosial turut mempersoalkan ketulenan pelitup muka LV milik menteri itu.
Gaji rendah daripada tiada kerja
Sebelum ini, M. Saravanan mengeluarkan kenyataannya mengalakkan supaya belia bekerja dalam apa jua bidang meskipun berpendapatan rendah. Dia mengulas perkara itu ekoran pendamik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.
Saya menasihatkan kepada semua warga Malaysia terima sajalah apa juga pekerjaan, walaupun ada pemotongan gaji sebab keadaan hari ini luar biasa. Lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja, dengan program-program dan rancangan khas yang dijalankan oleh kerajaan, saya bagi jaminan keadaan akan beransur pulih.
Tetapi sehingga keadaan berubah, kita perlu berpegang kepada apa jua peluang pekerjaan sedia ada, walaupun ada juga keadaan mengurangkan gaji dan sebagainya tetapi ini hanya sementara.
Sumber: Roshinan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button