Hiburan

Jalan, unik, dengarkan selepas 12 tengah malam ini

UNIK judul album, Jalan yang menampilkan 15 artis tempatan berkolaborasi dengan satu tujuan iaitu membantu pemuzik tanah air yang bergelut di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masuk tahun ketiga, tahun ini.

Joox melancarkan single Joox Originals baharu dan eksklusif, Jalan sebagai sebahagian daripada Kempen #Supportlocal Joox

JOOX ialah platform muzik dan hiburan paling berdedikasi di Asia dan dengan pelancaran lagu JOOX Originals bertajuk “Jalan” yang sarat dengan mesej semangat perpaduan dan harapan untuk Malaysia, mulai esok, lagu ini sudah boleh didengar.

Istimewanya Jalan, ia menampilkan penyanyi dari generasi berbeza yang terdiri daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Luqman Faiz, Danial Chuer dan Fieya Julia.

Tidak ketinggalan barisan penyanyi baharu yang berbakat seperti Firdaus Rahmat, Daniesh Suffian, Aniq Iffat, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Khodi, Haikal Farid, ERIN CTJ serta penampilan istimewa watak animasi kanak-kanak kesukaan ramai, Didi & Friends juga ada dalam Jalan.

Lagu yang boleh distrim secara eksklusif di JOOX ini boleh dimuat turun sebagai nada dering dan hasil kutipannya akan disumbangkan kepada dana kecemasan yang diuruskan oleh RIM untuk membantu pemuzik tempatan yang memerlukan bantuan.

Ketua JOOX Malaysia, Angie Tan berkata, penggiat muzik di Malaysia sentiasa menjadi penyumbang dan memainkan peranan penting dalam membentuk budaya tempatan.

“Harapan saya, Jalan dapat memberi inspirasi dan menaikkan semangat Malaysia. Saya juga tidak sabar menanti peminat muzik tempatan mendengar lagu hasil kerjasama luar biasa artis-artis kegemaran mereka dan artis baharu yang akan menjadi idola di masa hadapan bersama dengan watak kartun kegemaran mereka,” katanya sambil menambah, muzik video lagu ini akan dilancarkan pada 24 Disember ini.

Sementara itu, Faizal Tahir yang beberapa kali bekerjasama dengan JOOX, berkata, projek lagu “Jalan” dianggap berbeza dan unik kerana ia memberi satu mesej dan impak positif kepada rakyat Malaysia.

“Ini adalah satu sebab mengapa saya mengambil peluang untuk turut terbabit dalam pembikinan lagu “Jalan” ini. Pada saya, ini satu usaha dan idea yang sangat baik daripada JOOX kerana ia turut membabitkan artis senior dan baharu,” katanya.

Beliau yakin Jalan dapat mencapai sasaran khalayak yang lebih besar dan meraih pendengar yang lebih ramai dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.

Selain itu, kata Faizal lagi, Jalan dapat memberi satu mesej positif melalui kerjasama artis dari generasi berlainan yang menunjukkan kita semua bersatu hati dalam menyampaikan sesuatu yang baik.

“Apa yang pihak JOOX mahukan dari projek ini sudah jelas dari mula. Matlamat utama lagu ini adalah untuk memberi semangat dan mesej yang positif kepada setiap individu.

“Jadi, dari penghasilan lagunya tidak mengambil masa yang begitu lama dan dengan adanya Aziz Harun turut membantu dalam penghasilan lagu, dapatlah dilihat sentuhan dan perspektif dari generasi baru,” jelas Faizal.

Menyentuh tentang cabaran utama yang dihadapi, jelas Faizal lagi, ia adalah dalam memilih artis terbabit dan untuk mendapatkan kesemua artis yang terlibat, hadir ke studio untuk sesi rakaman kerana keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika itu.

“Walaupun begitu semua artis memberikan komitmen dan vokal yang cukup baik untuk menghidupkan lagu “Jalan”,” katanya.

Bagi penyanyi yang pernah menjulang tiga kali berturut-turut trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL), Dayang Nurfaizah pula berkata, gabungan artis lama dan baharu dalam projek lagu “Jalan” ini sesuatu yang bagus untuk industri muzik tanah air.

“Projek ini adalah satu inisiatif yang bagus daripada pihak JOOX untuk industri muzik tanah air. Saya berasa gembira kerana dapat turut serta dalam projek ini.

“Apatah lagi ramai artis terbabit baik senior mahupun junior. Kita semua bersama untuk satu matlamat. Bagi saya ini sesuatu yang bagus untuk industri muzik kita,” katanya.

Kata Dayang Nurfaizah lagi, keunikan Jalan terletak pada lirik yang sangat bermesej dan bermakna sekaligus mudah difahami oleh generasi sekarang.

“Pastinya melodi lagu ini yang ‘catchy’. Apabila nak nyanyi, korusnya senang untuk kita nyanyikan bersama,” katanya.

Sementara itu, penyanyi asal Brunei, Aziz Harun menyifatkan penghasilan lagu Jalan sesuai dengan seluruh kelompok masyarakat yang melalui fasa pandemik Covid-19 ini.

“Saya sangat suka inisiatif yang dibuat oleh JOOX sebab ia sangat bermakna dan boleh menolong kehidupan artis yang mungkin gigih meneruskan kehidupan ketika Covid-19 ini.

“Tambah lagi lagu ini dihasilkan dengan cara yang sangat kreatif dan efektif. Saya harap inisiatif ini akan berterusan dan boleh membawa manfaat dan menolong situasi artis yang terkesan kerana Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, selain dari lagu ini diterbitkan dan ditulis dengan bunyi dan genre yang sangat baharu, lirik lagu Jalan memang sangat bererti dan relevan kepada semuaorang yang sedang melalui fasa pandemik Covid-19.

“Sejujurnya peluang kali ini untuk merakamkan lagu dengan ramai rakan artis memang teruja. Tambah lagi dengan penyanyi senior dan ‘legend’, jadi lebih semangat untuk nyanyi dan boleh belajar dan melihat mereka bekerja. Sekarang saya sudah boleh kata ada lagu dengan Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah,” katanya.

Pembabitan penyanyi baharu, Aisha Retno dan Khodi memberikan satu lagi pengalaman berharga dalam kerjaya muzik mereka.

Selain menyifatkan peluang diberikan JOOX untuk terbabit dalam projek lagu Jalan itu dianggap satu penghormatan buat mereka.

“Terima kasih pihak JOOX memberi peluang untuk artis baharu seperti kami untuk bekerjasama di dalam projek hebat ini.

“Bagi kami ia membuka mata kepada pendengar muzik bahawa dengan kewujudan karya ini yang mana penyanyi senior dan baharu dapat menghasilkan keserasian yang baik disebabkan lagu yang memberi makna yang mendalam mengenai erti kebersamaan untuk sama sama berjalan di saat saat genting seperti kini.

“Melalui lagu ini artis baharu seperti kami dapat belajar dan mengikut jejak langkah artis senior untuk menghasilkan lagu dengan lebih baik.

“Manakala artis senior pula boleh berkongsi pengalaman melalui lagu ini mengenai pengalaman yang mereka pernah lalui selama bergelar penyanyi kepada artis baharu menerusi lagu “Jalan” ini,” kata mereka.

Lagu hit dan artis paling paling popular dalam muzik pop Malaysia tersedia untuk anda dengarkan dan nikmati di JOOX.

Dengan lebih daripada 40 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album dan senarai main yang dapat diperibadikan mengikuti kegemaran anda.

Nikmati pilihan muzik anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada  Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button