AgamaNegeriRencah Hidup

JAIPs siasat aduan sekumpulan lelaki tidak solat Jumaat

SEKUMPULAN lelaki yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat mungkin tidak menyedari kelakuan mereka diperhatikan.

Bahagian Penguatkuasa JAIPs dan anggota polis melakukan operasi pemantauan berikutan aduan sekumpulan lelaki tidak solat Jumaat di premis sekitar Pauh, Arau. – Gambar Ihsan FB JAIPs

Bertindak atas aduan ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) segera bertindak dengan melaksanakan operasi bagi mencegah perbuatan ini dari terus berleluasa.

Najmuddin Abdul Karim

Pengarahnya, Najmuddin Abdul Karim berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguakuasa itu mendapat kerjasama anggota Balai Polis Arau telah dimulakan sejak Jumaat minggu lepas lagi.

“Pemantauan telah dilakukan ke atas sekumpulan lelaki yang berada di premis perniagaan di sekitar Pauh, Arau,” katanya kepada Suara Merdeka.

Katanya, pihaknya telah mendapati kira-kira 15 lelaki Islam didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun katanya, hasil pemantauan hari ini oleh tiga pegawai penguatkuasa dan dua anggota polis telah mendapati sekumpulan lelaki ini mula menyedari perbuatan mereka telah dikesan.

“Kumpulan lelaki berkenaan dilihat mula beredar setelah melihat kehadiran pegawai penguatkuasa agama JAIPs dan anggota polis di lokasi pemantauan,” katanya.

Najmuddin berkata, JAIPs juga akan terus menjalankan pemantauan berhubung lelaki Islam tidak menunaikan solat Jumaat.

Antara lokasi premis di Pauh yang dipantau Bahagian Penguatkuasa JAIPs berhubung aduan lelaki Islam tidak tunai solat Jumaat. – Gambar Ihsan FB JAIPs

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang sengaja tidak menunaikan solat yang diwajibkan ini,” katanya.

Bagi kesalahan ini katanya, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 27, Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991. – SM

BACA Dua sekolah menengah agama di Arau diberi kebenaran sementara Solat Jumaat

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button