BeritaHiburan

J-Born tarik perhatian Najib

PERSEMBAHAN kumpulan J-Born dalam program Maharaja Lawak Mega yang disiarkan secara langsung malam tadi bukan sahaja berjaya mencuit hati penonton, malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dianggotai oleh Joey, Vicha dan Khir Rahman dengan penampilan istimewa PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, isu dibawa berkisar tentang situasi politik semasa.

Situasi tersebut merujuk kepada faktor ‘sejuk’ menyebabkan kebanyakan wakil rakyat gagal berada dalam Parlimen selain tindakan seorang Exco kerajaan negeri yang sangat bimbang dengan kehadiran babi hutan ke kawasannya.

Najib dalam hantaran dalam akaun Facebook beliau menulis:

Adehhh. 🤣🤣🤣

YB ‘beliau’ kena perli ke?

‘Kesejukan’ pun kena.

Ni PH dah masuk Maharaja Lawak.

Orang dok menyebut J-Born saje hari ni.

Kat mana boleh cari klip?

Share (kongsi) dengan saya.

Maharaja Lawak Mega 2019 yang menemui penonton setiap Jumaat pada pukul 9 malam menampilkan 14 peserta terdiri daripada dua solo, tiga kumpulan duo dan sembilan trio.

Siarannya dapat diikuti menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Malam tadi merupakan episod ketujuh sejak disiarkan bermula pada 1 November lalu.

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button