Hiburan

Isu sensitiviti, Siti Nurhaliza mengandung jadi tumpuan minggu ini

MINGGU ini nampaknya dihujani dengan pelbagai isu terutamanya melibatkan isu sensitiviti.

Bermula dengan perselisihan faham sehinggalah ke isu saman menyaman. Nampaknya industri hiburan tak pernah kering dengan pelbagai isu.

Selain itu, ada khabar gembira juga melibatkan cahaya mata kedua penyanyi nombor satu negara.

Jom kita baca rangkuman lima kisah sensasi hiburan yang menjadi perhatian ramai minggu ini.

 

Badi Wings dan Search singgah ke Lefhanded

Mungkin ada benar kata orang yang bila kita sudah mencapai tahap populariti yang diinginkan, maka akan bermulalah episod bercakaran sesama ahli kumpulan.

Perkara yang sama nampaknya terjadi terhadap kumpulan Wings, Search dan Lefthanded.

Ketiga-tiga kumpulan ini sebenarnya sudah boleh dianggap lagenda muzik rock tempatan tetapi masalah perselisihan faham sesama anggota nampaknya masih terjadi.

Bermula dengan Lefthanded di mana pemain bes mereka, Yan merasakan yang dirinya telah disisihkan daripada kumpulan itu termasuk tidak disenaraikan untuk bermain dalam konsert.

Vokalis, Nash dan gitaris, Man Kidal pula beranggapan bahawa perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu apatah lagi mereka sudah lama tidak bermain bersama.

Man Kidal memberitahu yang dia memerlukan seseorang yang boleh memberi komitmen dan selesa bermain dengannya.

Namun, Nash dan Man Kidal masih menganggap Yan sebagai rakan mereka dan tidak mahu perkara itu berlanjutan.

Wings dan Search sebelum ini pernah berhadapan dengan isu sama dan harapnya apa yang berlaku kepada mereka jadi pengajaran kepada kumpulan rock tempatan yang lain.

Hati-hati mengaku jutawan

Wow. Berani mati nampaknya Syatilla Melvin dan tiga lagi adik beradiknya mengakui yang mereka kini sudah bergelar seorang jutawan.

Kesemua empat orang adik beradik itu (digelar The Melvins) mengusahakan produk kosmetik yang berjaya mendapat sambutan dan memberi pulangan yang lumayan kepada mereka.

Namun kita sebenarnya kenalah berhati-hati bila dah mengaku jutawan ini sebab ramai sebenarnya yang sedang mengintai peluang.

Kalau peluang yang positif seperti nak menjalikan usaha sama bagi menambahkan pendapatan itu tidak mengapalah.

Tetapi kalau yang mengintai untuk mengambil kesempatan itu yang merisaukan. Zaman sekarang ini macam-macam boleh jadi. Duduk rumah diam-diam pun boleh kena rompak.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada kesemua adik beradik The Melvins dan kita harap supaya pendedahan mereka ini memberi inspirasi kepada ramai lagi untuk berjaya.

Seorang kuat berangan, seorang lagi terlalu sensitif

Baru-baru ini penyanyi, Bella Astillah menghadiri satu majlis hari jadi dengan memakain uniform pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Artis tersebut memilih pakaian itu kerana mahu mengikut tema yang ditetapkan majlis tersebut iaitu berkaitan dengan syarikat penerbangan.

Tetapi, Bella tidak menjangka pula yang pakaiannya itu akan mengundang kecaman daripada pramugari MAS.

Pramugari itu bengang bila melihat Bella memperagakan baju itu ke majlis hari jadi sedangkan untuk bergelar seorang pramugari MAS bukanlah mudah.

Sebenarnya tidak ada masalah pun. Pakaian itu pun dipakai sekadar untuk memenuhi tema yang ditetapkan majlis tersebut. Bukannya digayakan dengan keadaan yang memalukan.

Tak perlulah nak sentap sangat. Bagi Bella pula, mungkin selepas itu perlu lebih peka sedikit dengan isu-isu melibatkan pakaian uniform ini.

Pakai sahajalah baju kebaya yang biasa kalau nak sangat tampil sebagai pramugari. Lagipun orang dah cantik, pakai apa pun nampak cantik.

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal timang anak kedua?

Tahniah kepada pasangan Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari yang bakal menimang anak kedua selepas tiga tahun berusaha dan menanti.

Menariknya, perkara itu dirahsiakan Yana sehinggalah usia kandungannya sudah masuk bulan ke lapan, barulah diberitahu kepada umum.

Seorang lagi pelakon, Jihan Miskin juga khabarnya sedang menanti detik untuk menyambut kelahiran anaknya selepas tujuh tahun menunggu.

Alhamdulillah, tumpang gembira bila mendengar khabar gembira mereka tetapi ada satu lagi berita yang lebih menarik.

Berkaitan dengan penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang khabarnya sedang mengandung anak kedua.

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada penyanyi itu berkaitan dengan khabar gembira itu.

Hanya pendedahan daripada beberapa pengguna media sosial sahaja yang memberitahu penyanyi itu mengandung.

Tunggu sahajalah pengumuman nanti. Kalau benar, Alhamdulillah. Tak perlulah kita sibuk-sibuk. Mungkin ada sebab mengapa Siti tidak mahu mengumumkan berita gembira itu.

Kita lihat siapa yang menang?

Sudah lama rasanya tiada kisah berkaitan dengan saman-menyaman melibatkan selebriti.

Terbaharu, pengasas FashionValet and dUCK Group, Datin Vivy Yusof memfailkan saman fitnah terhadap seorang netizen berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19.

Berikutan pernyataan-pernyataan fitnah itu, reputasi plaintif terjejas teruk selepas pengguna-pengguna laman sosial menghina, menyerang, mengecam dan mengutuk plaintif secara terbuka.

Kata Vivy, selain itu penerbitan pernyataan fitnah tersebut telah menyebabkan suatu petisyen di laman web sekitar 1 April lalu di mana petisyen tersebut diwujudkan bagi mendesak plaintif dilucutkan daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan.

Nampaknya Vivy dah mula membuat gerak untuk membersihkan semula reputasinya yang telah dicalarkan netizen.

Apa pun kita harap perkara ini biarlah selesai dengan baik walaupun sudah masuk ke mahkamah dan bagi yang lain, eloklah perkara ini dijadikan pengajaran. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button