Hiburan

Isu royalti: Freddie mahu jumpa Perdana Menteri

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez akan mengambil keputusan untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan kemelut royalti yang dihadapi penggiat seni.

Fredie berkata, pihaknya tiada jalan lain selepas usaha untuk menyelesaikan perkara itu tidak mendapat respon positif daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Saya sudah ada 114 orang ahli Recording Performers Malaysia (RPM) daripada 1,868 orang sudah menurunkan tandatangan untuk petisyen supaya Sheila Majid meletakkan jawatan sebagai Presiden RPM.

“Tetapi setakat ini Sheila masih tidak memberi sebarang maklum balas berkenaan dengan isu royalti ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Damansara hari ini.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez mendesak Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid meletak jawatan berikutan kegagalannya menyelesaikan isu royalti artis.

Sebelum ini, Freddie memberitahu yang Sheila sudah tujuh tahun menjawat jawatan utama di RPM tetapi sehingga kini isu royalti masih tidak selesai.

Malah, jelanya, Sheila juga gagal hadir dalam dua perjumpaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut Freddie, Ketua Pengarah MyIPO telah menyatakan bahawa RM130 juta telah diberikan badan yang bertanggungjawab mengutip royalti tetapi duit tersebut sehingga kini tidak sampai kepada ahli RPM.

“RPM macam tidak bermaya walaupun sudah 50 kali saya bertanya berkenaan perkara ini. Malah, mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan setiap tahun juga tidak memberitahu perihal royalti ahli.

“Seminggu yang lalu saya sudah berhubung pemimpin RPM tetapi jawapan mereka masih sama iaitu tunggu siasatan SPRM selesai. Nak tunggu sampai bila?

“SPRM dah mula ambil dokumen daripada RPM sejak tahun 2014 lagi. Tetapi isu royalti ini masih belum selesai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Khadijah Ibrahim, dia juga meminta supaya tindakan segera diambil secepat mungkin kerana artis sekarang berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya melibatkan kewangan.

Jelasnya, beberapa kisah kesusahan artis yang terpapar di dada akhbar sebelum ini sepatutnya dapat dibantu jika wang royalti itu sampai ke individu yang sepatutnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button