Nasionalpilihan

Isu LCS: CEO LTAT tampil dengan penjelasan

KONTROVERSI berhubung perolehan kontrak Kapal Tempur Pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang hangat sekarang ini telah mengundang reaksi pelbagai pihak, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman akhirnya tampil memberikan penjelasan sebenar melalui satu hantaran di akaun Facebook beliau.

Ahmad Nazim dilantik sebagai CEO LTAT berkuat kuasa 15 Jun 2021, menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatan pada 30 April 2021, bagi menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman

Berikut adalah penjelasan dalam satu hantaran Facebook beliau hari ini.

LCS

  1. Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama MINDEF dan TLDM baru-baru ini. Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.
  2. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.
  3. Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina 1, deliver 1. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan 6 kapal sekali harung.
  4. RM6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.
  5. Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.
    Gambar-gambar Kapal LCS dalam pembinaan yang dikongsikan Ahmad Nazim. – Foto: FB Nazim Rahman
  6. RM9 bilion untuk 6 kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion. Egypt membelanjakan hampir RM1.9b untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9b satu LCS. US bina LCS mereka pada harga RM2.4b sebiji sebab lebih canggih.
  7. Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.
  8. Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC.
    Kapal Tempur Pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  9. Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 engineers, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.
  10. Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira 3 opsyen. 3 opsyen termasuk pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk JK Kabinet yang mengambil masa selama 8 bulan.

Artikel berkaitan > Buatlah siasatan namun jawapannya tetap sama, TLDM perlukan LCS – Kementerian Pertahanan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button