Nasional

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan iaitu Puan Sri lly Afizahwati Abdul Jalil, 42, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

lly Afizahwati ditemani peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud dan telah mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

“Tan Sri (Musa Hassan) pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam seperti diperik dari BH Online.

Ekoran itu mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Ily Afizahwati berkahwin dengan Musa pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sebelum ini tular tiga klip video sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak.

Ia diikuti dengan ciapan Musa di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya susulan penularan vide berkenaan.

Ekoran itu laporan polis telah dibuat dan polis mengesahkan, membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video pertelingkahan itu tular. – SM

(Visited 676 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button