Nasional

Ismail cabar negara lain ambil warga Rohingya

MENTERI Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar negara lain yang lantang bercakap soal kemanusiaan supaya mengambil warga Rohingya di Malaysia.

Menurutnya, banyak pihak luar mengkritik cara dan dasar Malaysia dalam melayan pelarian Rohingya tetapi enggan menerimanya di negara sendiri.

Masalah pendatang Rohingya kira-kira 200,000 orang di sini akan selesai jika negara maju yang lantang mengrkitik mengambil sekumpulan pelarian ke negara mereka.

Justeru, kerajaan bertegas dengan pendirian untuk menyekat kemasukan pelarian Rohingya yang kebanyakannya datang secara haram melalui perairan negara.

Malah katanya, kerajaan turut bercadang untuk menghantar pulang sebagai penyelesaian terbaik dan berbincang dengan Kementerian Luar bagi melaksanakannya.

BACA > Hidup mati bersama UMNO, tidak sertai parti lain — Suara Merdeka

“Kita juga minta Kementerian Luar untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)

“Banyak negara di dunia yang bercakap tentang kemanusian, namun tidak menerima mereka.

“Jika benar mereka memperjuangkan isu kemanusiaan, saya cabar mereka untuk ambil Rohingya di Malaysia kerana mereka ini banyak mempersoalkan dan mengkritik kita.”

Ismail berkata demikian lapor portal Free Malaysia Today (FMT) selepas menghadiri majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 hari ini.

Tambah beliau, aspek layanan baik yang diamalkan negara sebelum ini menjadi punca kedatangan etnik dari Myanmar itu sejak kebelakangan ini.

Oleh demikian, kerajaan melalui kementeriannya memberi jaminan untuk memperketatkan kawalan sempadan negara termasuk di ‘laluan tikus’.

“Kita beri layanan yang baik daripada aspek kemanusian, malah kita antara yang terbaik di dunia.

“Jika ada bencana di negara lain, kita yang pantas menghulurkan sumbangan dan bantuan.

BACA > Ukraine mohon bantuan EU dan Nato — Suara Merdeka

“Namun jangan disebabkan kita bersikap baik, seluruh dunia menolak isu Rohingnya ini kepada Malaysia untuk diselesaikan,” tegasnya.

Terdahulu, akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan kewujudan sebuah perkampungan di Bukit Malut, Pulau Langkawi.

Perkampungan tersebut dipercayai menjadi lokasi penempatan pendatang haram terutama warga Rohingya yang mendarat di sana.

Berdasarkan laporan BH Online, kira-kira 800 kediaman dibina dalam kawasan itu dengan jumlah penghuni sekitar 5,000 hingga 8,000 orang menetap secara kekal.

Menurutnya, kawasan tersebut dikatakan dibuka oleh pelarian Myanmar sejak awal 1980-an dekat bahagian persisir laut dan berkembang ke kawasan bukit.

BACA > Petronas sangkal dakwaan konflik bayaran cukai kepada Sarawak — Suara Merdeka

Lebih merisaukan, penguni warga asing itu juga dilaporkan mempunyai kegiatan ekonomi setempat termasuk mengusahakan perniagaan sendiri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button