Isham Jalil dilantik Ketua Penerangan BN Selangor
BEKAS Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, Isham Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor (BN Selangor).
Menurut Isham, beliau menerima maklum melalui satu surat perlantikan bahawa kepimpinan BN Negeri Selangor telah melantik saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.
Menurutnya, beliau menerima pelantikan tersebut dengan hati yang terbuka dan menyifatkannya sebagai satu amanah yang perlu digalas demi perjuangan untuk rakyat dan negara.
Isham mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin BN Selangor kerana telah meletakkan kepercayaan kepadanya untuk memikul tugas ini.
“Tidak lupa juga kepada isteri dan anak-anak serta ibu bapa dan keluarga dan para sahabat, serta pemimpin-pemimpin yang saya hormati yang telah banyak memberikan dorongan, galakan, nasihat dan tunjuk ajar dalam politik kepada saya selama ini terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dengan izin Allah saya akan melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan amanah, ikhlas dan sepenuh hati. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita semua,” kata Isham.-SM