
Kempen Eskayvie tangani Malnutrisi untuk generasi masa depan
DALAM dunia yang semakin mencabar, pemakanan yang seimbang menjadi kunci kepada kesihatan dan kecemerlangan minda anak-anak. Namun, realitinya, ramai kanak-kanak di Malaysia masih berdepan dengan masalah malnutrisi yang boleh menjejaskan pertumbuhan dan prestasi mereka.
Menyedari kepentingan isu ini, Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, tampil menggerakkan inisiatif kesedaran nutrisi menerusi karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

Sebagai langkah pertama, jenama ini telah mengunjungi Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 pada 22 Februari untuk mendekati pelajar serta ibu bapa dalam usaha menyampaikan mesej kepentingan pemakanan sihat.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada misi Eskayvie dalam menangani masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang lebih cemerlang dan berkualiti.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 mendapati bahawa 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% mengalami anemia, 15.3% mempunyai berat badan di bawah normal (underweight), manakala kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak meningkat dari 6% ke 14.3% pada usia remaja.

Masalah ini bukan sekadar angka statistik, tetapi satu cabaran besar yang menjejaskan perkembangan otak, emosi, serta produktiviti anak-anak. Malnutrisi memberi kesan jangka pendek seperti kelemahan sistem imun, keletihan, pertumbuhan terbantut, dan prestasi akademik yang kurang memuaskan. Lebih membimbangkan, kesan ini boleh berlanjutan hingga ke alam dewasa, memberi impak kepada pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, seterusnya menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, pihaknya komited untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
“Masalah malnutrisi ini kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi minda generasi masa hadapan. Kami ingin memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mengenai peri pentingnya nutrisi lengkap dalam setiap hidangan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat serta dapat mengoptimumkan perkembangan minda mereka.
“Dengan pendekatan menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan yang lebih proaktif melalui penyediaan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi bagi membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula menekankan bahawa pemakanan memainkan peranan penting dalam perkembangan minda kanak-kanak.

“Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi, tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu aspek penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.
“Nutrisi seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 sangat penting dalam membantu meningkatkan fokus, daya ingatan, dan keupayaan memahami pelajaran dengan lebih baik. Namun, pemakanan kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka. Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik,” jelasnya.
Menyedari keperluan ini, Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Omega-3, serta vitamin dan mineral penting untuk menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
“Suplemen ini membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, sekali gus memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam pencapaian akademik mereka.
“Eskayvie juga kekal komited dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi dalam masyarakat. Ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi satu usaha bersama bagi memastikan ibu bapa dapat membesarkan anak-anak yang cemerlang, sekali gus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan produktiviti negara.
“Dengan generasi yang lebih sihat dan cerdas, negara dapat terus berdaya saing, memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan melindungi masa depan bangsa. Eskayvie berdiri teguh dalam usaha membentuk generasi yang sihat, berilmu dan bersedia mencorak masa depan yang lebih gemilang,” kata Dr. Syid Ayob.

Dalam acara yang sama, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut mengadakan demonstrasi memasak dengan memperkenalkan resipi sihat yang mudah dan menyelerakan untuk kanak-kanak. Seramai lapan orang ibu bapa berpeluang menyertai sesi memasak ini bagi merasai sendiri pengalaman menyediakan makanan berkhasiat buat anak-anak mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari eskayvie.com atau www.boosterminda.com.