HiburanMahkamah

Ira Kazar dan keluarga langgar perintah injunksi bakal diheret ke mahkamah

PADA 28 Jun tahun lepas aktres filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie , Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, telah memfailkan permohonan injunksi (injunction) terhadap Ira Kazar dan seluruh keluarganya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Permohonan itu dibuat melalui peguam Datuk Akberdin Abdul Kader bagi melarang Ira yang juga isteri baharu yang dinikahi pengarah dan aktor Munafik dan Munafik 2, Syamsul Yusof, 39, dan seluruh ahli keluarganya berhenti membuat sebarang kenyataan di media sosial berkaitan dengan Puteri Sarah.

Pihak peguam Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan keluarganya didakwa secara terang-terangan melanggar perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah sebelum ini.

“Perintah itu kekal sehingga hari ini tetapi mereka tidak patuh. Kita akan memohon kepada mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda,” katanya.

Menyifatkan pelanggaran perintah kali ini sebagai memang agak dahsyat, Akberdin berkata, mereka iaitu Ira dan seluruh keluarganya, atas perintah injunksi yang diperolehi itu, sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul, pengarah dan aktof Munafik dan Munafik 2 itu.

Related Articles

“Akan tetapi kali ini agak berlebihan apabila Syamsul dan Ira, mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat keizinan mahkamah,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. – SM

 

Puteri Sarah bakal kembali ‘single’, Syamsul Yusof gagal jaga hati ‘bidadari tercantik’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button