Hiburan

Intan Ladyana bakal jadi raja sehari Jumaat ini kongsi rezeki dengan ibu tunggal

Susah payah dibesarkan ibu tunggal, Intan dilantik duta produk Seri Lady

DEBARAN menantikan pertukaran status sebagai isteri orang yang dijangka lusa, 5 Februari, aktres Intan Ladyana sempat lagi menyantuni golongan ibu tunggal dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka ekoran pandemik Covid-19.

Inisiatif itu diorak oleh Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya dalam menzahirkan rasa syukur atas pelantikannya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.

Menurut Intan, beliau percaya, dalam rezekinya ada rezeki orang lain dan siapa sangka, dalam kesibukan membuat persiapan perkahwinannya, rezeki hadir dengan lamaran sebagai Duta Seri Lady.

“Syukur Alhamdulillah dalam sibuk kerja dan membuat persiapan majlis perkahwinan, tanpa diduga saya dilamar pula menjadi duta produk Seri Lady.

“Jadi saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah beri, dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan. Amin…,” katanya.

Menurut Intan lagi, melihatkan keadaan sekeliling yang menghimpit kehidupan sehari-hari disebabkan Covid-19, itulah antara faktor yang membuatkan beliau dan pihak Seri Lady terpanggil untuk menghulurkan sumbangan.

Katanya, sumbangan adalah dalam bentuk produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih dam semestinya mereka ini antara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu saya bersusah paying membesarkan kami tiga beradik.

“Bagaimana ibu membahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama, bekerja demi kelangsungan hidup. Jadi, saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu tunggal,” ujar beliau.

Pada kesempatan ini, kata Intan lagi, beliau cuba membantu mereka dalam kalangan ibu tunggal dengan apa yang termampu.

Berhubung lantikan beliau sebagai duta produk, begii jawapan Intan”:

“Saya rasa terharu apabila pihak Seri Lady bukan saja menaruh kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas sebagai duta kepada jenama berkenaa tapi juga tanggungjawab itu akan saya dukung  bersama.

“Itulah komitmen saya dalam menjayakan majlis Kunjungan Silaturahim Seri Lady dan Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal.”

Sementara itu, Pengasas Seri Lady, Juzailah Sharif berkata, jasa ibunya membesarkan beliau dan adik-beradik sehingga berada pada tahap hari ini tanpa figura seorang ayah disisi tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.

“Sama seperti Intan, saya nampak kepayahan ibu saya yang saya panggil ummi, membesarkan kami adik-beradik tanpa seorang suami atau ayah kepada kami di sisi.

“Kehidupan yang lebih baik kami miliki hari ini, segala-galanya adalah atas usaha dan pengorbanan ummi.

“Kalau bukan kerana virus Covid-19 pun, kehidupan ibu tunggal sememangnya sudah cukup mencabar. Apatah lagi seorang ibu tunggal itu menggalas dua peranan serentak iaitu sebagai ibu dan ‘ayah’ untuk membesarkan anak-anak.

“Apa lagi dalam keadaan sekarang ini, ramai yang hilang punca pendapatan. Justeru  kami amat berbesar hati dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka, golongan ibu tunggal,” kata Juzailah.

Sebagai pengasas produk, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Intan di atas pelantikan sebagai Duta Seri Lady.

“Pemilihan Intan sebagai duta Seri Lady sangat tepat kerana beliau bukan sahaja seorang yang cantik, mempunyai personaliti yang menyenangkan tetapi bebas daripada gossip.

“Itulah yang membuatkan saya yakin Intan mampu menggalas tugas beliau sebagai duta produk Seri Lady dengan baik,” katanya.

Berbalik kepada kenyataan Intan berhubung persiapan perkahwinan pelakon yang kembali hangat menerusi drama Bougainvillea (TV3) dan terbaharu, Hari Kita Jatuh Cinta (Awesome TV) mengakui dirinya berdebar-debar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama pasangannya, Harris Alif, selepas hampir setahun menjalin hubungan.

Untuk rekod, majlis pernikahan pasangan ini bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur.

Kehadiran pada majlis pernikahan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menerusi syarat pernikahan sepanjang Covid-19.

“Jika tiada aral melintang saya dan Harris akan bernikah  Jumaat ini. Alhamdulillah kebanyakkan persiapan sudah siap cuma dalam keadaan sekarang ini, dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiadalah sebarang perubahan pada saat akhir dan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Insya- Allah doakan kami berdua,” katanya bakal menyarungkan busana perkahwinan rekaan, Dato Ruiffai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button