AgamaNasionalNegeriUncategorized

Institusi Islam perlu aktif buktikan terus membangun

SEMUA institusi Islam perlu lebih aktif, relevan dan kembali melihat fungsi serta peranan sebenar masing-masing sebagai satu badan yang akan terus membangun, membela, melindungi dan memperkasa umat Islam, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Berikutan itu, titah Baginda, usaha menambah baik sistem pentadbiran sedia juga perlu dilaksanakan agar dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan optimum.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli berkenan bergambar bersama pasukan ini ketika singgah di sebuah rumah asnaf di Beseri.

Baginda bertitah, institusi-institusi Islam juga perlu sentiasa berusaha memikirkan bagaimanakah caranya untuk melahirkan generasi yang cemerlang pelbagai ilmu terutamanya generasi pencinta al-Quran.

“Wujudnya sekolah-sekolah tahfiz dan silibus pengajian al-Quran misalnya boleh dijadikan sebagai ruang dalam usaha memberikan ilmu al-Quran yang terbaik kepada anak-anak selain ia dilaksanakan dengan penuh berintegriti, berperaturan dan betul,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di sebuah rumah asnaf dan menyampaikan bantuan sempena Kayuhan MAIPs Peduli di Beseri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli bagi menjejaki dan menyantuni asnaf di sekitar Beseri, baru-baru ini.

Baginda juga  berkenan menyampaikan wang tunai sebanyak RM2,100 kepada tiga asnaf terpilih.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli bagi menyampaikan bantuan MAIPs kepada asnaf terpilih sekitar Beseri.

Para penerima terdiri dari Rahman Din, 51, dari Kampung Semadong, Abdul Halim Abdullah, 63, juga dari kampung yang sama dan Zaidi Md Saad, 51, dari Kampung Padang Malau.

Masing-masing menerima sumbangan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 daripada Pemangku Raja Perlis. – SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button