Inspektor Sheila cari calon suami
Nama Inspektor Sheila terus menjadi perbualan orang ramai selepas videonya tersebar menghina pegawai bawahan berpangkat Lans koperal dan mengugut seorang wanita warga emas di tempat meletakkan kenderaan.
Baru-baru ini Sheila Sharon Steven Kumar, 35, meluahkan hasratnya untuk mencari calon suami menerusi sebuah hantaran yang dikongsi di media sosialnya Facebook.
Menurutnya, sekiranya ada, dia akan mengajak keluar bersama individu terbabit dan bakal diuji dengan beberapa perkara sebelum dibawa jumpa bapanya bagi mendapatkan restu.
“Ada sesiapa di sini mahu berkahwin dengan saya? Sila maklum pada saya di ruangan komen, kita akan pergi ke temu janji bagi menguji keserasian bersama.
“Dan, bagi lelaki yang lulus dengan syarat ditetapkan akan berjumpa dengan bapa saya untuk mendapatkan persetujuan dan restu daripadanya,”tulisnya.
Permohonan tersebut juga terbuka kepada semua lelaki bujang di luar sana tanpa mengira latar belakang seperti usia, bangsa, agama profesion, lokasi dan sebagainya.
“Hanya mereka yang komen pada hantaran ini akan keluar ‘date’ dengan saya. Permohonan ini terbuka kepada lelaki bujang tanpa mengira usia, bangsa, agama, profesion, lokasi dan sebagainya.
“Jadi, tunggu apa lagi? Tinggalkan ‘YES’ di ruangan komen, saya akan mesej awak secara peribadi. Itu sahaja. Masa berjalan sebelum tawaran ditutup pada hari istimewa iaitu 1 Julai 2023,” jelasnya.
Para pengikutnya juga mengucapkan selamat maju jaya dalam mencari pasangan hidup.
Terdahulu Sheila mengaku tidak bersalah ke atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.
Artikle Berkaitan :>
Inspektor wanita, Shiela mengaku tidak bersalah di Mahkamah dan mohon dibicarakan
Hina lans koperal: Pegawai polis wanita dipanggil bantu siasatan