Travel

Inisiatif direka khas dari Nuh Travel and Tours untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim

SATU inisiatif direka khas dari Nuh Travel and Tours bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan kerjasama strategik  Saudi  Tourism Authority, Emirates dan Dubai, dengan lebih kompetitif dan semua lapisan rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Ketua Pegawai Eksekutif Nuh Travel and Tours, Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, bersama Ketua Pegawai Operasi, Tuan Mohammad Adam Jalalel Din, melahirkan rasa bangga dan kegembiraan mereka atas kerjasama ini.

“Kami amat berbangga kerana Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, dan Dubai Tourism telah memilih untuk menjadi rakan strategik kami. Kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami, tetapi juga membolehkan kami memperkenalkan pakej-pakej pelancongan dan umrah yang lebih mampu milik, fleksibel, dan sesuai dengan kehendak serta trend terkini rakyat Malaysia. Bersamasama, kami akan menetapkan piawaian baharu dalam industri pelancongan Muslim.”

“Kerjasama ini akan memberi pelanggan kami peluang untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dalam menunaikan ibadah umrah dan melawat Saudi melalui pakej baharu kami, ‘Lawat Saudi 6 Kota’. Pakej ini direka untuk memberikan jemaah umrah peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan sirah di Saudi.

‘’Di samping itu, kerjasama kami dengan Emirates dan Dubai Tourism membolehkan pelanggan menikmati pakej pelancongan ke serata Eropah dengan harga yang lebih kompetitif serta ziarah ke Kota Dubai bagi penerbangan Umrah Ziarah Dubai, menawarkan mereka pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah dan juga kehendak melancong bersama keluarga.” Katanya semasa majlis pelancaran.

Kerjasama ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka sambil menawarkan produk pelancongan dan umrah ziarah yang lebih kompetitif.

Sempena kerjasama ini, Nuh Travel and Tours turut melancarkan promosi khas sempena MATTA Fair yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 September di MITEC. Kami akan mengambil 8 booth di MITEC dan menawarkan pelbagai promosi menarik.

Pakej Umrah 6 Kota Saudi bermula dari RM7,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk lawatan ke 6 kota paling terkenal di Saudi seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula, dan Taif. · Pakej Umrah Ziarah Milan + Switzerland bermula dari RM12,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk penginapan di Menara Jam di Mekah dan peluang untuk lawatan percuma ke Mount Titlis bernilai RM600.

  • Pakej Umrah Ziarah Dubai bermula dari RM8,090, termasuk lawatan ke Kota Dubai dan penginapan di hotel Menara Jam di Mekah. Pakej ini menggunakan penerbangan Emirates. ·
  • Pakej Pelancongan Muslim Swiss-Milan bermula dari RM6,990 dengan penerbangan Emirates. Promosi ini akan berakhir pada 9 September dan tempat adalah terhad. Penerbangan sehingga Disember 2025 kini dibuka untuk tempahan, dan pendaftaran untuk promosi ini boleh dimulakan sekarang. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman sesawang kami di www.nuhtravel.com.my. Bagi mengelakkan kesesakan di MITEC, pelanggan juga boleh melawat laman web kami dan berhubung dengan perunding serta wakil jualan kami secara dalam talian.

Artikle Berkaitan :>

Muslim travel fair elak penipuan pakej Umrah

‘’Kadang-kadang rasa artis ni buat umrah macam stay vacation je’’- Eyka Farhana diperli netizen

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button