Mungkin ramai mulai lupa kejadian pencemaran sisa toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor.
Pembuangan sisa toksik berkenaan telah menjejaskan kesihatan ribuan penduduk di kawasan berkenaan.
Sejak kejadian itu kerajaan kini lebih serius dalam membanteras kegiatan tersebut dan pada masa yang sama memberi kesedaran kepada orang ramai.
Kerja-kerja perancangan dan pelaksanaan untuk memperbaiki kualiti alam sekitar di Pasir Gudang dimulakan semenjak pembuangan sisa toksik Sungai Kim Kim yang berlaku pada bulan Mac 2019.
Kita berharap tiada lagi tragedi Sungai Kim Kim di mana-mana tempat di negara ini.
Difahamkan tujuh langkah utama telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kawalan kualiti alam sekitar di kawasan perindustrian Pasir Gudang.